Suatu ketika,
kira-kira 15 tahun yg lalu,
di Medan Kidd, ketika
aku sedang
memilih makanan di sebuah
warung, tiba-tiba masuk
juga seorang
wanita Inggeris
[lupa aku dari
negara mana]. Dia
berdiri di sebelah ku,
kebingungan nak
pilih makanan apa.
Lalu dia menuruti
aku; memilih makanan
yg serupa
dgn makanan ku.
Dia lalu duduk
bersebelahan dgn ku.
Kami tak
banyak bercakap.
Segan pula aku. Berani
dia
mengembara seorang diri.
Setelah
habis makan, aku
minta diri. Dia masih
menjamu selera. Di kaunter,
aku membayar-
kan sekali
utknya, tanpa pengetahuannya. Aku
lalu bergerak keluar.
Setelah kira-kira
100 langkah ke
hadapan, tiba-tiba aku
terdengar seseorang
memanggilku dgn
tergesa-gesa. Oh wanita
inggeris tu tadi.
Dia amat berterima kasih,
kerana membayarkan
makanan utknya. Lalu
dia berkata,” That’s good
of you!."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan