Assala Muaalaikum

Assala Muaalaikum.. .And Peace Be Upon U, Thank For Visiting This Site


Assalamu Alaikum Dan Salam Sejahtera......SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU......Jangan Lupa SOP KeNDIRI ...



Terima Kasih, sudi mengunjungi site ini..

Memaparkan catatan dengan label riak-riak air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label riak-riak air. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mei 2015

Ayoyoo...GST...!!

Sebagai selingan, sketsa suatu petang, di kaunter kedai Mamak:

Pelanggan > Itu meja 21, kasi kira
Mamak > ஐம்பத்தைந்து மற்றும் இருபத்தி ஐந்து பிளஸ் பதினேழு அதனால் 10 ringgit. GST $0.60 … sommaa ada $10.60
Pelanggan > Pehal plak ada $0.60 GST ni …. ?
Mamak > Government Service Tax la deyyy …
Pelanggan > Aiiikk … bukan Goods and Services Tax ka? Tak payah lah … $10 sudah cukup.
Mamak > Takbley Ooo … Government Suruh Tambah
Pelanggan > Isshhhh … nah $10.60. Resit mana …?
Mamak > Aappaaa resit2? Lain woorang sommaa ini macam kasi bayar!
Pelanggan > Woo … itu macam kaluuu, Mamak mari ikut saya …
Mamak > Dey Thambi … apa pasal?
Pelanggan > Government Suruh Tangkap
Mamak > Ayoyooooo … !!!

Jumaat, 6 Disember 2013

Dunia Semakin Mudah Dan Pantas..

    Lain  benar  senario  zaman  dahulu  dan  kini.  Kadang-kadang  daku
cemburu  dengan  kemudahan  yang  ada  kini,  di bandingkan  di zaman
remajaku  dulu.

       Dulu, perkhidmatan  hantaran  surat  segera  sesuatu  yang  eksklusif
sifatnya,  pejabat  pos  satu-satunya  yang  mengadakan  perkhiudmatan
tersebut,  tapi  kini,  masyaAllah,  banyak  perkhidmatan  penghantaran
pos  laju  di sekeliling  taman  perumahan.

       Taligraf  satu-satunya  perkhidmatan  mesej  cepat  suatu  ketika
dahulu.  Bukan  senang  hendak  menggunakannya,  terpaksa  isi
borang  dan  agak  mahal..  Tapi  kini,  hp  menatasi  segala-galanya.

       Malah  nak  menempah  tiket  kapal  terbang,  semudah  menempah
tiket  bas,  bayar  saja,  mereka  akan  uruskan  segala-galanya.
premisnya  pun,  berada  di depan  taman  perumahan  kita.

        Pusat  pendidikan  berlambak-lambak  mencari  student  yang  berminat.
Dulu,  kami  yang  terpaksa  bersaing  untuk  dan  cari  sendiri  pusat  pen-
didikan  tinggi..  Daku  amat  cemburu  dengan  kemudahan  remaja  di zaman
ini..

        Pusat-pusat  perubatan  bagaikan  cendawan  bertumbuhan.  terutama
yang  alternatif.   terserah  pada  kita  sesuai  yang  mana.

       Dulu, nak  keluarkan  duit  gaji,  terpaksa  ke tempat  bekerja,  majikan
masukkan  dalam  buku  akaun  atau   bagi  cash.   tapi  sekarang,  boleh
dikeluarkan  di mana-mana  sahaja.

       Nak  tenguk  cerita  Melayu,  terpaksa  ke tempat  org  yg  ada  telivisyen.
Kadang-kadang  terpaksa  bayar  duit  minyak  tuan  rumah.  bersesaklah
dalam  rumah  tu.   Sekarangg....
     


     

Khamis, 5 Disember 2013

Perbaharui Pengetahuan Anda !

     Seorang  Profesor  pernah  berkata  [kira-kira  20  tahun dahulu]  bahawa  ilmu  /
pengetahuan  seseorang,  biarpun  bergelar  seseorang  profesor  hanya  bertahan  kira-kira
 6 tahun  sahaja.  Bermakna,  kalau  tidak  mengkaji  dan  menambah  ilmu-ilmu  baharu,
 tahap  keilmuannya  mungkin  menyamai  orang-orang  biasa  sahaja.

      Itu  kira-kira  20  tahun  yang  lalu.   Namun  di era  maklumat  di hujung  jari  serta
 penulisan-penulisan  yang  lebih  sopistikated  kini,  barangkali  tidak  sampai  setahun,
 ilmu-ilmu  kita  yang  sedia  ada  sekiranya  tidak  kita  perbarui,  akan  menjadi  'basi',   serta
 diatasi  oleh  orang  lain..

Selasa, 3 Disember 2013

Mudahnya Mencari Ilmu Pengetahuan Kini .


     kalau  dibandingkan  30  tahun  dulu,  mudah  sangat  hendak  mendapatkan  ilmu
pengetahuan  kini.
maklumat  di hujung jari  [internet  via  komputer  atau  iphone],  buku-buku,
majallah,  tv  berbayar  khususnya,  gedung-gedung  perniagaan,  malah
individu-individu  berpengetahuan  juga  cukup  ramai  kini.

    Aye/ I  dulu cukup  tertekan  untuk  menyambungkan  pelajaran  ke peringkat  lebih
tinggi,  maklumlah  institusi-institusi  pengajian  tinggi  ketika  itu  kira-kira  6
buah  sahaja.   Tapi  kini  melambakk!  Kira-kira  1,000  buah.
 Barangkali  duit  dan  keazaman  sahaja  yang  menjadi  penghalang...

Ahad, 1 Disember 2013

tak perlulah berahsia ....

   ....ketika  daku  sedang  asyik  membaca  surat  khabar,  seorang  lelaki  kira-kira
sebaya  dengan ku  duduk  di meja  sebelah,  bersama  anaknya.  Aku  sedang
menikmati  sarapan  pagi  di pekan  Tlk  Intan.

       Dia  lalu  menegur  ku, "Apa  cerita  sensasi  hari ni?"  Aku  jawab," Macam-macam".
Isterinya  datang  kemudian  tersenyum  mendengar  jawapanku.
Mereka  lalu  berbual  seketika,  daku  lalu  menjampuk  untuk menambah  kemesraan.
Kami  bersembang  kira-kira  5  minit.

      Daku  lalu  bertanya, " kerja  di mana? "  Lelaki  tersebut  menjawab," Di sini  saja, 
biasa-biasa  saja" .  Aku  cuba bertanya lbh  dalam, "Kerja  di pejabat  mana?"
Dia  menjawab," Alaaahhh  di sini  saja,  biasa-biasa  ajer."   Seolah-olah  terlalu
merendah  diri  dan  amat  berahsia..
  Sebenarnya  jawapan  begitu  membuatkan ku  sedikit  tersinggung.   Lalu  daku  berkata, "Saya  pernah  berbicara dgn  seseorang,  jawapannya, bekerja  biasa  aje,  tapi  pendapatannya
RM 20,000  sehari!"  Ujarku  sambil  tersenyum  sinis  dan  cuba  menyindirnya.
Isterinya  tersenyum,  dan  lelaki  tersebut  agak  gugup.

// moral  cerita=  Kenapa  nak  berahsia  sangat,  dalam  usia  tahap  ini,  crita  klu-klu
sikit  dah laa...Kalau  nak  bersembang   sangat..  amatilah  adab-adabnya,  kalau  tidak,
hubungan  tidak  begitu  berkesan..  / salammm

Becareful Your Manners Online, cause, you are been watch ....!



Macam cantik jer!! [How beautiful am I..!  Am I beautiful?]

some reactions 

Khamis, 18 Julai 2013

Suatu pagi di waktu sahur ....

    Suatu  pagi, waktu  aku  sedang  bermotosikal  hendak  menuju  ke sebuah  restoran 
untuk  bersahur,  di pertengahan  jalan,  sayup-sayup  kelihatan  kelibat  seseorang
sedang  berjalan  kaki.  Jam  kira-kira  4.15  pagi.  Keadaannya  agak  menyedihkan,
tidak  terurus.  merayu-rayu  minta  tolong.  Keadaannya  tidak  terurus.  Aku  antara 
berani  dengan  tidak  untuk  menghentikan  motosikal  utk  membantunya.  Lalu  aku  berhenti,  memberanikan  motosikal,  cuba  membantu  mana-mana yang  boleh.
       Aku  bertanya,  "Apa  hal?"
  Dia  menjawab,  dan  meminta  tolong," Tolong  pakcik,  ini  perjuangan  antara  hidup  dan
 mati."  Dalam  loghat  Indon.
       Aku  lebih  kehairanan.   Dia  lalu  menjelaskan, " Saya  sedang  berjalan  untuk
ke Medan  Gopeng  untuk  mengambil  emas,  untuk  mengubat  diriku."  Dia  teruskan
perbualan," Diriku  amat  lemah  tanpa  emas  itu.  Pakcik  faham  tak  maksud  saya ?"
      Aku  kaget  , cemas dan  ragu-ragu.   Medan  Gopeng  pulak  terletak  kira-kira
10  km  dari  situ.  Dia  sebenarnya  ingin  menyuruku  bawanya  ke sana.  Tapi
sebenarnya  aku  tak  boleh  bawanya  sejauh  itu.
      Dia  terus  merayu-rayu,  bersungguh-sungguh.   Aku  terus  pergi,  tanpa  dapat
membantunya.  Maklumlah,  tak  tau  latar  belakangnya  dan  apa-apa  boleh  terjadi
di tengah  jalan. 
     Dia  terus  menjerit,"Tolong  aku  pakcikkkkk!!"  Berulang-ulang  kali.
     Namun  aku  tetap  tertanya-tanya  apa  maksudnya  "emas"  untuk  dirinya  itu.
lalu  aku  terfikir,  apakah  maksudnya  dadah?   Aku  yakin,  memang  itu  bendanya.   


Isnin, 8 Julai 2013

ooh...Ada kehidupan Di sini ....

   .........sedang  aku  lepak  membaca  surat  khabar  di taman  Dr. Seeni,   seorang
 India [60 an] ,  berbalut  sokong  pada  bahunya,  menghampiriku.  Lalu  kami  pun
 berbuallah,  antaranya  tentang  pengalaman-pengalaman  yg  pernah  kami  lalui.

Ia  tinggal berseorangan.  Yang  menarik  perhatianku,  kediamannya  di bawah
papan  licin  gelongsor  mainan tu.  Luasnya  kira-kira  1.5 m X 2.5 m.  Tanpa air
dan  letrik. Dia  pun  tak  keberatan  untuk diphoto.  Dia  sudah  tak  bekerja.  makanan
 diperolehi  dari  restoran  mamak yang  berdekatan.  Katanya,  dia  sudah  tinggal
kira- kira  10  tahun  di situ..mmm...





Ahad, 16 Jun 2013

Suatu tenungan .....

 
                            

            Hati-hati  dengan tenungan...

            Di kampungku  suatu  ketika  dahulu,  ketika  di dalam  kebun,  seorang  remaja
telah  ditenung  tajam  oleh  seekor  sesumpah.  Beliau  tergamam  dan  mengakibatkannya
demam.  Beliau  selepas  itu  tidak  berani  lagi  ke kebun.


            Daku  sendiri  suatu  masa  dulu  pernah  mengejar  seekor  tikus  di sebuah  rumah
sewa.   Tikus  itu  terkepung  di dalam  almari  kosong.  Daku  cuba  hendak  memukulnya
dengan  objek  keras.   Jam  kira-kira  pukul  2  malam.  Dalam  keadaan  terdesak  itu,
tikus  besar  tersebut  merenungku  dgn  tajam.  Entah  kenapa,  aku  jadi  kaku,
dan  melepaskannya  pergi,

Guru Muzik nangis dengar lagu ini..

klik

Published on Jun 7, 2013
This is my American high school Chorus group from Chariho Regional High School, Rhode Island! My Chorus teacher, Ms. Dowding asked me if I have any song from Malaysia that I can teach to Chorus. The easiest and meaningful song that I can find is Sahabat by Najwa Latif. So, I decided to teach them this song! It was hard for them to learn this song, but then they get used to the language and everything gets easier. We didn't sing some part of the song because it's hard without music and I can't find any piano chord for this song.
I know they really sounds Americanized which is I like it to be that way. What do you expect for? They're Americans. I mean, awesome group of Americans!
And btw, they know the meaning of this song because I translated it for them. My teacher cried while reading the meaning of this song for the class. That shows how much passion Ms. Dowding has for this :)
This is a fun class where I get to know a group of nice and talented people with a super nice teacher. I love them so much. Thank you so much for letting me teach you guys a song and thank you so much for the awesome experience in a lifetime!

Sabtu, 15 Jun 2013

Kita Memang Tidak Dapat Menjangka 2

                                


......ia  merenungi ku,  sekira-kira  7 meter  dari  bilik  tempatnya  terbaring.   Renungan  seperti
mengharapkan  sesuatu.  Niatnya  mungkin  mahu  daku  mendekatinya  apakandaya  beliau  tidak  mampu.....  Namun  org  ramai  mengelilinginya,  buatkan  ku segan. 

   Aku  kemudian  mahu  berehat  pulang,  utk  datang  lagi  ke rumah  embah [nenek] ku  itu.
Dalam  perjalanan  dari  rumah  utk  melawatnya  kembali,  berselisih  dengan  bapa  saudara,
beliau  menyatakan,  embah  sudah  'tiada'.

   Kira-kira  34  tahun,  aku  berasa  begitu  ralat,  kenapa  aku  tidak  menghampirinya   di saat
saat  akhir  hayatnya?

                                    

Jumaat, 14 Jun 2013

Kita Memang Tidak Dapat Menjangka

..........ketika  aku  melihatnya  terlantar  di hospital,  keadannya  memang  agak  lemah.
Sempat  juga  kami  berbual  banyak  perkara.  Lalu,  ketika  nurse  hendak  merawatnya,
aku  memberi  ruang.  Lalu  ku tinggalkan  bapa  saudaraku  itu.  Padaku,  utk  mem-
berinya  istirehat. 
          Bapa  saudara tu  terlibat  kemalangan  sebenarnya.
Aku  yakin,  beliau  boleh  sembuh  sepenuhnya.  Tiba-tiba  seminggu  kemudian,  aku
terima  sms  dari  adikku,  beliau [bapa saudara ku]  telah  meninggal dunia. [9 Jan. 013]
Memang  tidak  ku jangka.

                                                                 Gambar hiasan

Jumaat, 7 Jun 2013

Ceriakan Pagi Anda .....

Salah  seorang  pensyarah  kaunseling memberi petua,  "Keseronokan dan semangat  seharian  anda
bermula waktu  pagi.  Oleh  itu,  sekiranya  di pagi  hari  itu  anda  berfikiran  negatif  atau  bemuka
masam,  ini  akan  mempengaruhi  seharian anda  itu.  Namun katanya, perkara  itu  boleh  di atasi.
Otak  boleh ditipu.  Cubalah  anda  tersenyum,  utk  mengaburi  otak  anda.  Atau  paling  kurang,
gigitlah  sebatang  pen,  kerana  kedudukan  bibir  bagaikan  tersenyum,  dan  ini  akan mempengaruhi   kepositifan  pemikiran  anda.


Kekuatan dan Kelemahan .....




...manusia, nama pun  memang  spesis  manusia.  Manusia dari kata pokok "nasia",
bermaksud lupa, lalai, .  So  gitulah tabie manusia, lupa  dan lalai.  Ada  kekuatan,
dan kelemahannya.   Jgn lah kita harapkan  semua org  sempurna.  So, maafkan
mereka, dan ingatilah kelemahan mereka.  Kita  ambillah iktibar darinya.

Khamis, 6 Jun 2013

Tak sangka, kalian masih berkhidmat di situ.

...semalam  daku  ke  UKM,  berbincang  tentang  pengajian ku  dengan  beberapa  org
pensyarah,  tiba-tiba,  daku  bertemu  dengan  guru  Kolej  dan pensyarah ku;  ustaz
Idris  Endut.  Tadi  pula,  daku  terserempak  dgn  ustaz  Mudasir  Rosder,  renungannya 
pd ku  teramat  mendalam,..pd ku, beliau  org yg paling cool,..tak sangka,  kami  bertemu
stlh  26 tahun  berpisahh...:(

Ahad, 19 Mei 2013

Masa Utk Bekerja

   
         Beliau seorang bertaraf  jutawan,  bolehlah ke sana kemari ;  membuang  masa.  Kita  perlu  mencari  rezeki,memenuhi  keperluan  hidup.  Jadi  jgn  buang  masa,  sekarang  masa  utk
bekerja..

Sabtu, 18 Mei 2013

Kekalkanlah Keamanan..

       Nikmatilah  keselesaan hidup  kita  kini.  Janganlah sesal  nanti.  Hak-hak  kita  harus  dijaga,
jgn  sampai  terlepas pd yg  hanya  bermulut  manis.  Lihatlah  kehancuran  di negara-negara  luar  sana.   Ambil  iktibar,  dan  fikirkanlah  sedalam- dalamnya..  renungilah  nasib  anak-aanak  cucu  kita.
  Yg  ada,  sudah  dijamin baik,  yg dikhayalkan,  belum  tentu  sebaik ini..

Fikir-fikirkan..!


Selasa, 26 Februari 2013

stamina

Antara  kehebatan  pemain-pemain  bola  SMK Anderson  ialah  ketahanan  stamina sehingga
ke saat  akhir.   Ketahanan  stamina  mampu  mengekalkan  strategi  awal   dan
mempengaruhi  mental.
Antara  kelemahan  para  pelajar  adalah  kurang  fokus..

Isnin, 25 Februari 2013

Minda Bawah Sedar

Hidupkanlah  minda  bawah  sedar  anda,  fikirkan  yg  positif  dan  kejayaan,  tawan
dunia  melaluinya..,  kerana  80%  perlakuan  kita  di gerak  olehnya...