“Flying Kick”
Kome pernah menempuh memecah
dinding rumah dengan
sekali tujahan hingga
pecah?
Keme umo 11
tahun dah terbang
dari ateh kebawoh
ala Jeki Can.
Memang nak patah
pingggang
dan pecah perut.
He…he…
Meh ikuti
kesah kehandalan teman.
Macam bebudak
yg seusia itu,
suatu ketika, kami [ saya
dan adik berusia
kira-kira 2 tahun]
sedang bermain pusing-pusing badan. Aku
pegang kedua-dua tangannya
dan aku hayunkan
dia sekira-kira 360 darjah.
Maka berlakulah momentum
pusingan yg cantik.
Mak sedang menjahit.
Entah macamana,
hendak meniru aksi
sarkas barangkali, ketika
aku lambungkan adik
dan pusingkan badanku,
tetiba aku
gagal mengawal momentum
pusingan tersebut kerana
barangkali
agak ligat.
Apalagi, BERDENTUMMM….!!!! Aku terlanggar
dinding rumah. 2
papan tercabut.
Tubuhku nun
terhumban ke bawah tanah,
menghala ke belakang rumah.
Aku terjatuh dalam
keadaan terduduk.
Mukaku menghala ke akar
pohon kelapa, membelakangkan rumah.
Mujur
pinggang ku
tak patah. Ketinggian
rumak ku itu
kira-kira 2 meter.
Paku papan dinding
tersebut
menegak
di sebelahku. Mujur adikku
terlepas dari pegangan ku.
Kalau tidak, makin
sadislah
kisah hidupku.
Aku
berasa sesak nafas.
Di sekelilingku, pakcik dan
makku melapahku. Fikiranku
bengong,
becelaru, apa
yg terjadi sebenarnya.
Aku bagaikan lama
terpaku di situ. Tok
sedara ku dipanggil
utk mengubati
dengan ayat-ayat penawar.
Beberapa hari aku
tidak dapat hadir
ke sekolah.
kira-kira seminggu,
tubuhhku pulih kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan