KEPALA KU
DIELEKTROLISIS
Kata orang
tua, kalau berjalan
dalam hutan, kena
jaga prlakuan dan
jangan celupar mulut.
Meh sini
lihat, apa jadi
padaku akibat melanggar
pantang larang tersebut.
Sekira-kira 12
tahun yang lalu,
ketika aku bertugas
di salah sebuah sekolah
di hilir perak,
aku turut
serta mengiringi rombongan
pelajar ke distinasi air
terjun berdekatan Tapah,
Perak,
menuju ke Cameron
Highland.
Antara
program di dalam lawatan
tersebut ialah cara
pemadaman api [kebakaran] dan
‘Jungle Tracking’.
Air terjun tersebut
di dalam kawasan hutan.
Anggota bomba
turut dijemput untuk
menjayakan kesemua program
tersebut.
Tiba
masa menjelajah di dalam
hutan, kami semua
bergerak. Jalannya sempit, sukar, licin,
dan melalui
bukit yang curam.
Keletihan, mengah, nak
semput, penat, semuanya
terasa.
Maklumlah, perjalanan
kira-kira 2 km dalam
keadaan mendaki bukit
dan bentuk geografis
yang sebegitu.
Aku terlalu penat
dan letih, bagaikan
sedang berlari 1,000
batu. Peluh menitik
membasahi baju.
Segala ‘kederat’ terpaksa
dilepaskan.
Tiba-tiba salah
seorang pelajar perempuan begitu
lemah, terduduk, bagaikan
tidak mampu lagi
meneruskan perjalanan. Kami
terpaksa berhenti untuk
merawatnya.
Kawasan tersebut
adalah kawasan penempatan
orang asli. Jalan-jalan
kecil yang berliku-liku
dan tangga-tangga tanah
itu dibina oleh
mereka.
“Fuh!!
Cukup letih yoop..yongg..oooiiii…!!!!!”
Ketika menuruni [ melalui
jalan lain] ke kem
asal, tidaklah begitu
memenatkan. Keadaan dingin,
menampakkan panorama yang
indah. Tumbuhan subur
menghijau.
Sepanjang-panjag perjalanan
kelihatan bunga-bunga rumput
yang cantik. Hawa
dingin
menggalakkan kesuburan
rumput dan mempengaruhi
bunganya.
Beberapa
orang guru perempuan
memetik bunga-bungaan tersebut.
Kami semua
kegirangan melihat
panorama tersebut.
Aku
berseloroh berkata,”Baik-baik, nanti
tuannya mintak balik;
nanti malam, ada
yang kena pulangkan
balik.” [ Inilah rangkai
perkataan yang ku anggap
celupar]. Kami
semua kemudian tertawa.
Kami
meneruskan perjalanan hingga
sampai ke kem kembali.
Seterusnya bertolak pulang
ke
rumah. Keletihan memang
amat terasa.
Malamnya,
aku tidur dengan
amat nyenyak.
Tiba-tiba aku
rasakan aku berada
di dalam sebuah bilik
operasi [bagaikan bilik
pem-
bedahan di hospital].
Kepalaku bagaikan ada
wayar bersambung kepada
meter yg diken-
dalikan oleh
2 ‘pakar’ di hujung
kepalaku. Lalu aku
mendengar perbualan mereka,
“Cuba
kita tambahkan lagi powernya”. Aku
dapat melihat meternya
dengan jelas. Jarum-
nya
meningkat naik. Di saat itu,
kepalaku terasa begitu
sakit, pening dan
berdenyut-
denyut. Lalu
aku terjaga, Oh!
Bermimpi rupanya. Lalu
aku tidur kembali.
Mimpi yg sama
tetiba berulang lagi.
Aku terjaga lagi.
Kemudian tidur kembali.
Sekali lagi keadaan
yang
sama berulang.
Tetiba, aku
merasakan perutku mula
memulas, aku bergegas
ke tandas akibat cirit.
Aku berulang
ke tandas kira-kira 7
kali. “Angin” barangkali.
Besuknya, salah
seorang guru lelaki yg
turut menyertai menyatakan,
dia pun turut
tercirit-birit, tetapi,
tidaklah mengalami mimpi
sepertiku.
Lalu
aku ajukan soalan kepada
mereka, mengapa aku
seorang mengalami mimpi
ngeri itu. Sedangkan
mereka yang memetik
bunga-bungaan tersebut. Mereka
lalu menjawab ,”Mungkin kerana
ustaz yang mengetuai
kami.” Mereka semua
ketawa….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan