Sebagai selingan, sketsa suatu petang, di kaunter kedai Mamak:
Pelanggan > Itu meja 21, kasi kira
Mamak > ஐம்பத்தைந்து மற்றும் இருபத்தி ஐந்து பிளஸ் பதினேழு அதனால் 10 ringgit. GST $0.60 … sommaa ada $10.60
Pelanggan > Pehal plak ada $0.60 GST ni …. ?
Mamak > Government Service Tax la deyyy …
Pelanggan > Aiiikk … bukan Goods and Services Tax ka? Tak payah lah … $10 sudah cukup.
Mamak > Takbley Ooo … Government Suruh Tambah
Pelanggan > Isshhhh … nah $10.60. Resit mana …?
Mamak > Aappaaa resit2? Lain woorang sommaa ini macam kasi bayar!
Pelanggan > Woo … itu macam kaluuu, Mamak mari ikut saya …
Mamak > Dey Thambi … apa pasal?
Pelanggan > Government Suruh Tangkap
Mamak > Ayoyooooo … !!!
Memaparkan catatan dengan label ceritaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ceritaku. Papar semua catatan
Sabtu, 2 Mei 2015
Khamis, 18 Julai 2013
Suatu pagi di waktu sahur ....
Suatu pagi, waktu aku sedang bermotosikal hendak menuju ke sebuah restoran
untuk bersahur, di pertengahan jalan, sayup-sayup kelihatan kelibat seseorang
sedang berjalan kaki. Jam kira-kira 4.15 pagi. Keadaannya agak menyedihkan,
tidak terurus. merayu-rayu minta tolong. Keadaannya tidak terurus. Aku antara
berani dengan tidak untuk menghentikan motosikal utk membantunya. Lalu aku berhenti, memberanikan motosikal, cuba membantu mana-mana yang boleh.
Aku bertanya, "Apa hal?"
Dia menjawab, dan meminta tolong," Tolong pakcik, ini perjuangan antara hidup dan
mati." Dalam loghat Indon.
Aku lebih kehairanan. Dia lalu menjelaskan, " Saya sedang berjalan untuk
ke Medan Gopeng untuk mengambil emas, untuk mengubat diriku." Dia teruskan
perbualan," Diriku amat lemah tanpa emas itu. Pakcik faham tak maksud saya ?"
Aku kaget , cemas dan ragu-ragu. Medan Gopeng pulak terletak kira-kira
10 km dari situ. Dia sebenarnya ingin menyuruku bawanya ke sana. Tapi
sebenarnya aku tak boleh bawanya sejauh itu.
Dia terus merayu-rayu, bersungguh-sungguh. Aku terus pergi, tanpa dapat
membantunya. Maklumlah, tak tau latar belakangnya dan apa-apa boleh terjadi
di tengah jalan.
Dia terus menjerit,"Tolong aku pakcikkkkk!!" Berulang-ulang kali.
Namun aku tetap tertanya-tanya apa maksudnya "emas" untuk dirinya itu.
lalu aku terfikir, apakah maksudnya dadah? Aku yakin, memang itu bendanya.
untuk bersahur, di pertengahan jalan, sayup-sayup kelihatan kelibat seseorang
sedang berjalan kaki. Jam kira-kira 4.15 pagi. Keadaannya agak menyedihkan,
tidak terurus. merayu-rayu minta tolong. Keadaannya tidak terurus. Aku antara
berani dengan tidak untuk menghentikan motosikal utk membantunya. Lalu aku berhenti, memberanikan motosikal, cuba membantu mana-mana yang boleh.
Aku bertanya, "Apa hal?"
Dia menjawab, dan meminta tolong," Tolong pakcik, ini perjuangan antara hidup dan
mati." Dalam loghat Indon.
Aku lebih kehairanan. Dia lalu menjelaskan, " Saya sedang berjalan untuk
ke Medan Gopeng untuk mengambil emas, untuk mengubat diriku." Dia teruskan
perbualan," Diriku amat lemah tanpa emas itu. Pakcik faham tak maksud saya ?"
Aku kaget , cemas dan ragu-ragu. Medan Gopeng pulak terletak kira-kira
10 km dari situ. Dia sebenarnya ingin menyuruku bawanya ke sana. Tapi
sebenarnya aku tak boleh bawanya sejauh itu.
Dia terus merayu-rayu, bersungguh-sungguh. Aku terus pergi, tanpa dapat
membantunya. Maklumlah, tak tau latar belakangnya dan apa-apa boleh terjadi
di tengah jalan.
Dia terus menjerit,"Tolong aku pakcikkkkk!!" Berulang-ulang kali.
Namun aku tetap tertanya-tanya apa maksudnya "emas" untuk dirinya itu.
lalu aku terfikir, apakah maksudnya dadah? Aku yakin, memang itu bendanya.
Ahad, 18 November 2012
Jemaah itu tumbang..
Jemaah itu tumbang..
Ketika itu
daku masih di tingkatan 4. Ketika
daku sedang berdiri
membaca
Fatihah dalam
mesjid dikampungku, waktu
solat Jumaat, tiba-tiba
seorang makmum
di sebelahku
tumbang, pengsan. Lalu
aku dan seorang
jemaah yang lain
di sebelahnya memapahnya keluar
utk cuba memulihkannya. Dia
dan aku panik
sebentar, apa yg
perlu dibuat. Nasib
baik daku teringan
pengajaran dari PBSM
jika mengalami situasi
spt itu; Daku
baringkan dia. Lalu tinggikan sedikit
kaki nya. Kemudian
ku urut hujung
jari jemari kakinya.. Setelah
kira- kira seminit kemudian,
dia tersedar dengan
termuntah. Aku ambilkan
air utk menyejukkannya.
Isnin, 12 November 2012
Sekolahku Paling Harum Di dunia.
Sekolahku Paling Harum
Di dunia.
Bagaimanakah perasaan
anda sekiranya keseluruhan
persekitaran di sekolah anda
berbau
harum mewangi
bak bunga cempaka?
Pihak sekolah tentu
mengeluarkan belanja yang
banyak untuk
mewujudkan situasi tersebut.
Aku
pernah belajar di salah
sebuah sekolah di Selangor;
sekolah berasrama kira-kira
29
tahun yg lalu.
Suatu ketika
aku terhidu bau
haruman bak bunga-bungaan
di banyak lokasi di sekolah
tersebut; di kelas, asrama,
surau dan sebagainya.
Hampir keseluruhan lokasi
sekolah.
Aku merasa pelik.
Harum sungguh! Suasana
tersebut berlaku dalam
2-3 hari. Penghuni-penghuni asrama
lelaki turut menikmati
suasana tersebut. Perasaan
kami teruja dengan
suasana tersebut.
Berbeza pula
dengan minda bagi
penghuni asrama perempuan.
Mereka beranggapan fenomena
tersebut merupakan suatu ‘misteri’. Suasana
menjadi tegang dan
gawat seketika bagi
mereka.
Maka pada keesokan
harinya, dalam perhimpunan
mingguan, seorang ustaz
menenangkan keadaan dgn
berseloroh,”Nasib baik ‘dia’
bagi bau
wangi. Kalau ‘dia’
bagi bau taik ….”.
He…he…keseluruhan warga
tertawa mendengar celoteh tersebut.
Anda tau, apa
sebenarnya berlaku? Fenomena
tersebut memang bukanlah
dari perancangan pihak
sekolah, tetapi merupakan
suatu misteri yang
luar biasa. Ada
yg menyatakan bahawa
itu adalah dari
usikan “Puteri Cempaka”,
sejenis makhluk halus.
Wallahu A’lam.
Rabu, 7 November 2012
Corak Berbelang Itu Bergerak
Corak Berbelang Itu Bergerak
“Kelempung!
….kelempung!!” bunyi ‘baja
kompos’ jatuh bila
bertemu dengan permukaan
air dalam parit.
Memang sedap ‘melepaskan
hajat’ di pagi hari
atas titi batang
kelapa belakang rumah
pak sedara tu.
Tapi
selalunya, sebelum aku
‘melepas’, aku akan
memerhati ke arah parit
di sebelah belakangku, bukan nak
buat ‘take cover’ ; alahhhh….umur 10
tahun, apa aku
nak malu!!.
Nun
di dalam parit, betul-betul
atas tempatku mencangkong,
terlihat seolah-olah corak-corak
macam hiasan kain atau
bola lebihkurang hitam putih.
Kemudian, selepas
aku melepaskan ‘baja
kompos’ ku ke dalam
parit, aku menikmati
pandangan di depanku saja;
tak perhati ke belakang.
“Fuhh….!!” Alangkah nikmatnya
menikmti panorama di depan
sambil menghayati alunan irama jatuhan-jatuhan baja-baja
kompos yg baru
ku proses itu.
Begitulah hampir setiap
pagi kitaran hidupku
ketika itu.
Suatu
hari yang lain,
di waktu yang sama,
setelah aku selesaikan
‘melepaskan hajat’,
entah macamana
ketika aku berdiri
nak basuh, sempat
aku menoleh panorama
di belakang,
di dlam air,
betul-betul di bawah tempat
‘baja kompos’ tu
memukul air. Aku
lihat, corak-corak
hitam putih
yg sebelumnya kelihatan
sepeti corak di atas
bola atau kain
yg berlilitan, tiba-tiba
melepaskan lilitan,
bergerak-gerak seolah-olah terganggu
oleh ‘dentuman’ ‘baja
kompos’ku.
Baru ku
tahu, selama ini,
aku bertenggong di atas
seekor ular yg
sedang melengko.
Sure-laaa….lepas tu, takder
ler aku nak
bertenggong di atas titi
batang kelapa itu
lagi.
Kena ler respek
skit kawan tuu. Aku kena cari
‘port’ lain le
pulak …….
KEPALA KU DIELEKTROLISIS
KEPALA KU
DIELEKTROLISIS
Kata orang
tua, kalau berjalan
dalam hutan, kena
jaga prlakuan dan
jangan celupar mulut.
Meh sini
lihat, apa jadi
padaku akibat melanggar
pantang larang tersebut.
Sekira-kira 12
tahun yang lalu,
ketika aku bertugas
di salah sebuah sekolah
di hilir perak,
aku turut
serta mengiringi rombongan
pelajar ke distinasi air
terjun berdekatan Tapah,
Perak,
menuju ke Cameron
Highland.
Antara
program di dalam lawatan
tersebut ialah cara
pemadaman api [kebakaran] dan
‘Jungle Tracking’.
Air terjun tersebut
di dalam kawasan hutan.
Anggota bomba
turut dijemput untuk
menjayakan kesemua program
tersebut.
Tiba
masa menjelajah di dalam
hutan, kami semua
bergerak. Jalannya sempit, sukar, licin,
dan melalui
bukit yang curam.
Keletihan, mengah, nak
semput, penat, semuanya
terasa.
Maklumlah, perjalanan
kira-kira 2 km dalam
keadaan mendaki bukit
dan bentuk geografis
yang sebegitu.
Aku terlalu penat
dan letih, bagaikan
sedang berlari 1,000
batu. Peluh menitik
membasahi baju.
Segala ‘kederat’ terpaksa
dilepaskan.
Tiba-tiba salah
seorang pelajar perempuan begitu
lemah, terduduk, bagaikan
tidak mampu lagi
meneruskan perjalanan. Kami
terpaksa berhenti untuk
merawatnya.
Kawasan tersebut
adalah kawasan penempatan
orang asli. Jalan-jalan
kecil yang berliku-liku
dan tangga-tangga tanah
itu dibina oleh
mereka.
“Fuh!!
Cukup letih yoop..yongg..oooiiii…!!!!!”
Ketika menuruni [ melalui
jalan lain] ke kem
asal, tidaklah begitu
memenatkan. Keadaan dingin,
menampakkan panorama yang
indah. Tumbuhan subur
menghijau.
Sepanjang-panjag perjalanan
kelihatan bunga-bunga rumput
yang cantik. Hawa
dingin
menggalakkan kesuburan
rumput dan mempengaruhi
bunganya.
Beberapa
orang guru perempuan
memetik bunga-bungaan tersebut.
Kami semua
kegirangan melihat
panorama tersebut.
Aku
berseloroh berkata,”Baik-baik, nanti
tuannya mintak balik;
nanti malam, ada
yang kena pulangkan
balik.” [ Inilah rangkai
perkataan yang ku anggap
celupar]. Kami
semua kemudian tertawa.
Kami
meneruskan perjalanan hingga
sampai ke kem kembali.
Seterusnya bertolak pulang
ke
rumah. Keletihan memang
amat terasa.
Malamnya,
aku tidur dengan
amat nyenyak.
Tiba-tiba aku
rasakan aku berada
di dalam sebuah bilik
operasi [bagaikan bilik
pem-
bedahan di hospital].
Kepalaku bagaikan ada
wayar bersambung kepada
meter yg diken-
dalikan oleh
2 ‘pakar’ di hujung
kepalaku. Lalu aku
mendengar perbualan mereka,
“Cuba
kita tambahkan lagi powernya”. Aku
dapat melihat meternya
dengan jelas. Jarum-
nya
meningkat naik. Di saat itu,
kepalaku terasa begitu
sakit, pening dan
berdenyut-
denyut. Lalu
aku terjaga, Oh!
Bermimpi rupanya. Lalu
aku tidur kembali.
Mimpi yg sama
tetiba berulang lagi.
Aku terjaga lagi.
Kemudian tidur kembali.
Sekali lagi keadaan
yang
sama berulang.
Tetiba, aku
merasakan perutku mula
memulas, aku bergegas
ke tandas akibat cirit.
Aku berulang
ke tandas kira-kira 7
kali. “Angin” barangkali.
Besuknya, salah
seorang guru lelaki yg
turut menyertai menyatakan,
dia pun turut
tercirit-birit, tetapi,
tidaklah mengalami mimpi
sepertiku.
Lalu
aku ajukan soalan kepada
mereka, mengapa aku
seorang mengalami mimpi
ngeri itu. Sedangkan
mereka yang memetik
bunga-bungaan tersebut. Mereka
lalu menjawab ,”Mungkin kerana
ustaz yang mengetuai
kami.” Mereka semua
ketawa….
Langgan:
Catatan (Atom)