Sekolahku Paling Harum
Di dunia.
Bagaimanakah perasaan
anda sekiranya keseluruhan
persekitaran di sekolah anda
berbau
harum mewangi
bak bunga cempaka?
Pihak sekolah tentu
mengeluarkan belanja yang
banyak untuk
mewujudkan situasi tersebut.
Aku
pernah belajar di salah
sebuah sekolah di Selangor;
sekolah berasrama kira-kira
29
tahun yg lalu.
Suatu ketika
aku terhidu bau
haruman bak bunga-bungaan
di banyak lokasi di sekolah
tersebut; di kelas, asrama,
surau dan sebagainya.
Hampir keseluruhan lokasi
sekolah.
Aku merasa pelik.
Harum sungguh! Suasana
tersebut berlaku dalam
2-3 hari. Penghuni-penghuni asrama
lelaki turut menikmati
suasana tersebut. Perasaan
kami teruja dengan
suasana tersebut.
Berbeza pula
dengan minda bagi
penghuni asrama perempuan.
Mereka beranggapan fenomena
tersebut merupakan suatu ‘misteri’. Suasana
menjadi tegang dan
gawat seketika bagi
mereka.
Maka pada keesokan
harinya, dalam perhimpunan
mingguan, seorang ustaz
menenangkan keadaan dgn
berseloroh,”Nasib baik ‘dia’
bagi bau
wangi. Kalau ‘dia’
bagi bau taik ….”.
He…he…keseluruhan warga
tertawa mendengar celoteh tersebut.
Anda tau, apa
sebenarnya berlaku? Fenomena
tersebut memang bukanlah
dari perancangan pihak
sekolah, tetapi merupakan
suatu misteri yang
luar biasa. Ada
yg menyatakan bahawa
itu adalah dari
usikan “Puteri Cempaka”,
sejenis makhluk halus.
Wallahu A’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan