Assala Muaalaikum

Assala Muaalaikum.. .And Peace Be Upon U, Thank For Visiting This Site


Assalamu Alaikum Dan Salam Sejahtera......SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU......Jangan Lupa SOP KeNDIRI ...



Terima Kasih, sudi mengunjungi site ini..

Isnin, 17 Januari 2011

Halal/ haram Arak Dalam Makanan; kajian Ulamak =

  Di bawah adalah petikan yg diambil dari beberapa blog persendirian ..


Soalan:
Assalamualaikum.ust...sy just nak konfermkan pemahaman sy dr kuliah ust mengenai istihalah dan istilak.

istihalah=apabila sesuatu bahan bertukar unsur yg tidak menyerupai unsur asal(eg:arak menjadi cuka/alcohol menjadi eter)

istilak=apabila sesuatu bahan melarut dalam unsur yg lain menjadikan unsur bahan yg melarut hilang sifat kerana lemah(eg:alcohol yg dititiskan dalam satu tong air)

betui dak ust pemahan mengenai kedua istilah ini??

dalam kes alcohol kite ade bincg:ALCOHOL BUKANLAH ARAK...dan ARAK BUKANLAH ALCOHOL.jadi yg haram adalah arak...dan alcohol tak haram MELAINKAN ethanol@ethyl alcohol kerana ia unsur utama dalam arak.betui???dan persoalan lain....JADI BULEH TAK KAMI MENYIMPULKAN MANA2 MAKANAN YG ADE TERTULIS ALCOHOL PADA INGREDIENTS MAKANAN MAKA BULEH DIMAKAN TETAPI ANDAI KATER TERTULIH ETHANOL@ETHYL ALCOHOL MAKA HARAM DIMAKAN??

Persolan seterusnye mengenai GELATIN.kalu tak silap...ade pendapat ulamak mengatakan bahawa GELATIN BULEH BERUBAH UNSUR.dan dalam hukum istihalah...berubah unsur maka akan berubah hukum.JADI....APAKAH PANDUAN TERBAIK MEMILIH MAKANAN BERGELATIN?sori ust....bab gelatin tak clear sgt ritu.....kami just nakkan konfirmation...mengenai gelatin nih.ADAKAH GELATIN YG TERTULIH PD INGEDIENTS MERUPAKAN GELATIN YG TELAH BERUBAH UNSURNYE atau...kalu ade tertulih GELATIN MAKA ELOK DIELAKKAN SAJA UNTUK MENGAMBIL MAKANAN TERSEBUT?

dan kalu ust ade panduan lain yg lebih jelas dalam memilih makanan maka silala sertakan.untuk pengetahun ust...kebanyakkan makanan di ukraine dan russia sumenye berunsurkan alcohol....dr roti murah...kek...cekelat...eskrim.jd student selalu kompius cam ne nak amik makanan2 nih.mereka mahu makan tapi tak tahu gane nak memilih yg terbaik.

kalu ade kesilapan dalam pemahaman saye nih mintak ust perbetuikan sbb line asek putuih2 ritu.
jd asek kene pk betui2 ape ust cakap...utk cr kesinambungn kuliah.tp takut tersilap.dan kami jugak bertanggungjawab utk membantu student lain dalam hal nih.maka...perlukan bantuan dan panduan dr ust.

wassalam

Jawapan:
DFINISI ISTIHALAH DAN ISTIHLAK
Istihalah: Berubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan berubah hakikatnya atau sifatnya.  Atau dalam kata lain: Proses tindak balas kimia yang merubah unsur daripada satu benda kepada benda yang lain. Contohnya: arak bertukar menjadi cuka.
Istihlak: Masuk najis ke dalam air atau selainnya terdiri daripada cecair. Najis itu tidak meninggalkan kesan dan hilang larut di dalamnya serta hilang segala sifat najis tersebut.  Contoh segelas air dimasuki setitik arak. Arak larut dan hilang sama sekali sifatnya di dalam air tersebut.
Kira betul dah atau dekat-dekat betul dah kefahaman yang dapat tu.
ALKOHOL DI DALAM MAKANAN
Sebagaimana yang diperbincangkan, alkohol ethanol atau ethylacohol yang merupakan punca kepada mabuk. Alkohol terdapat pecahan yang pelbagai, ethanol atau ethylacohol merupakan salah satu daripada pecahan alkohol.
GELATIN HAIWAN YANG DIHARAMKAN ATAU DISEMBELIH SECARA TIDAK SYARIE
Para saintis dan Ilmuwan Islam mengatakan bahawa boleh berlaku proses istihalah kepada gelatin yang dimasukkan ke dalam makanan. Dari itu halal untuk dimakan sebagaimana halal cuka dimakan yang asalnya adalah arak. Ia akan diharamkan jika terdapat mudarat pada sudut yang lain. Tetapi resolusi Majma’ Fiqh Islami memutuskan tidak dibenarkan untuk memakan gelatin yang diambil daripada haiwan yang diharamkan atau tidak disembelih dengan sembelihan syarie. Alasan tentang keputusan tersebut telah dijelaskan di dalam diskusi yang telah ana buat berhubung dengan masalah tersebut.
Gelatin yang mengalami perubahan sebahagian unsurnya tidak termasuk di dalam perbahasan ini. Ia masih membawa unsur asal binatang yang diharamkan.
KESIMPULAN & PANDUAN
1)     Wajib seorang Muslim/Muslimah memilih sumber makanan yang dihalalkan oleh syarak. Ini juga merupakan satu tanggungjawab terpikul di atas bahu setiap Muslim. Makanan yang mencerna keimanan ketakwaan dan ibadat kepada Allah Taala.
2)      Untuk mengenal sesuatu unsur itu melalui proses istihalah atau istihlak, perlu bertanya kepada mereka yang berkeahlian perkara tersebut. Terdiri daripada saintis, pakar pemakanan dan seumpamanya. Firman Allah Taala di dalam surah an-Nahli ayat 43:
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya: Oleh itu Bertanyalah kamu kepada orang-orang Yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
3)     Kebanyakan negara bukan Islam terdapat persatuan atau NGO tempatan yang mengatur urusan umat Islam. Ana rasa ukraine juga tidak terlepas daripada situasi yang sama. Ambil pandangan dan kajian yang dilakukan oleh mereka untuk mengetahui hakikat halal atau tidak makanan yang akan dimakan. Ini juga merupakan tanggungjawab persatuan yang terpenting. Lebih penting daripada mengatur program-program yang lain. NGO ini lebih mengenal tentang cara mendapatkan yang halal dan teknik yang digunakan oleh sebuah negara untuk proses makanan.
4)     Setiap negara bukan Islam terdapat kedai-kedai makanan halal yang diusahakan oleh orang Islam itu sendiri. Membeli daripada kedai seumpama itu jika kita berkemampuan.
5)     Untuk memutuskan ingredient yang ditulis itu menetapi maklumat sebagaimana kita inginkan, belum dapat dipastikan. Hari ini dunia menerima keputusan untuk meletakkan kandungan bahan yang ada di dalam sesuatu makanan. Tidak mustahil suatu hari nanti dengan gerak kerja dan usaha umat Islam, setiap makanan wajib disertakan tahap istihalah atau istihlak yang berlaku di dalam makanan tersebut untuk memudahkan individu Muslim membelinya. Ingrdient diletakkan pada setiap makanan pada dunia hari ini bukan bertujuan mencari halal atau tidak, tetapi untuk mengetahui kandungan yang mengganggu kesihatan.
6)     Perkembangan perindustrian semakin kompleks tidak memadai hanya ahli ilmu daripada agamawan sahaja bertindak mencari keputusan hukum halal karam. Perlu kerja sama daripada semua yang mempunyai kepakaran untuk mengenal hakikat benda yang diproses dijadikan sebagai makanan. Juga penting mencari agamawan yang benar-benar pakar di dalam masalah hukum agar tidak mengharamkan benda yang dihalalkan oleh syarak. Firman Allah Taala di dalam surah at-Tahrim ayat 1:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاةَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya: Wahai Nabi! mengapa Engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa Yang Dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) Engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Akhirnya ana merasakan telah menjawab segala persoalan yang ditanya. Segala persoalan dan jawapan yang diberi tidak lebih kesinambungan daripada perbincangan sebanyak 3 kali berhubung tajuk “Istihalah dan Istihlak di dalam makanan, perubatan dan minyak wangi”. Kitab tersebut di dalam proses terjemahan oleh 3 individu.
1)     Ust Azali ِ
2)     Ust Fahmi
3)     Ust Abd Rahman.
Setelah buku itu berada di pasaran, penanyaAb boleh menjadikan panduan yang lebih berguna untuk menjawab segala permasalahan yang berlaku. Lebih-lebih lagi berada di negara yang agak susah untuk mendapatkan makanan yang halal. Ingin berusaha mencari makanan yang halal bukti dalil bahawa hati masih bercahaya dengan nur iman. Jika ada penambahan boleh ditanya atau diulas di dalam ruangan komentar.

Allahu A’lam
Disediakan:
Muhammad Aidil Azwal Zainudin.


-----------
[ SILA LIHAT PAUTAN DI BAWAH ]


http://www.google.com.my/search?hl=en&source=hp&biw=1008&bih=557&q=istihalal&btnG=Google+Search
-----------------------------

http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=1051&kategori=12
-------------------------------

  1. If a pig falls into the sea and dies, then the body decomposes and becomes part of the sea, and salt is extracted from the sea, the use of that salt, as part of the total salt recovered from the sea, is Islamically permissible. This is because the pig ceases to be in its original form after it decomposes. When it was a pig it was haram but when it became salt it is Halal.
  2. Wine is haram as long as it remains wine. However, it the same wine is turned into vinegar, it becomes Halal. The use of the vinegar derived from wine is Halal, as long as no wine remains in it.

http://www.ifanca.org/newsletter/2001_07.htm#04

--------------------------------------

Penapaian [ Tapai ]


Ada menyatakan, konsep penapaian tapai sama dengan penapaian arak





 

Ahad, 9 Januari 2011

Cara Kucing Berlawan.

Mula aye  tak  caye  kucing  boleh  belawan  dengan  strategi 
mengepung; Kalau  kucing A  dan  B  nak  berlawan  kucing  C,
A  akan serag  dari  hadapan, dan  B akan  serang  dari  belakang..

    Tapi  bile  aye  tenguk  cara  sesetengah  binatang  di dalam
filem  rencana  boleh  menyerang  secara  berkumpulan,  baru  aye
 percaya  kata-kata  rakan  itu..

Rabu, 5 Januari 2011

Selasa, 4 Januari 2011

....pisau pemotong rumput itu hampir mengenaiku..



Satu  ketika,  sedang  aku  memasuki  perkarangan  SM
 Methodist  Air  Tawar,tiba-tiba  terdengar  bunyi,”klenng..keng...”.
 Tiba-tiba  ku  lihat,  kira-kira  1.5 meter  dari ku,  mata  pisau
  terpelanting. 

   Daku  sungguh  terkejut.  Apakah  ini  cara  daku  disambut?;
 ketika  itu,  daku  baru mendaftar  di sekolah  tersebut  untuk  mula
 bertugas.  Daku  juga  menyangka ada  perkelahian  para  pelajar ke?

   Rupa-rupanya ,  tak  jauh  dariku,  2  orang  pekerja  sedang  membaiki
   mesin  rumput.   Dan  pisaunya  yang  terpelanting ........

 

Isnin, 3 Januari 2011

Jatuh Dalam Kolam; Kaki ke atas


Masa  gue  kecik-kecik  dulu, tak  der  paip.  Gi  rumah  pak  sedare  mandi  ler,  kat  kolam.
Entah  macamaner,  tergelincir  jatuh.  Nasib  baik  tak  jatuh  dalam  kolam.  Tapi
tersangkut  kat  tangga kayu  dalam  kolam tu  [ samada  kayu dibuat  dari dahan  jambu
atau  rambutan];  Kepala ke  bawah,  kaki  kat  atas.. lalu  saya  panik  kira-kira  seminit.
 Asyo  satu  inci  lagi  nak  masuk  idunng.

Tinggi  teman   masa  tu [Umur 4/5  tahun ]  mungkin  4  kaki  lebih  jek.. He..he...
Kolam  tu  mungkin  dalam  lebih  7 kaki.

Tapi  dah  takdir  nak  bagi  panjang  umur..

         Gambar hanya  hiasan..tapi ada kemiripan  kolam  dulu-dulu ..cuma  kecil  sikit..

Penunggang Motor Itu Melambung..!!

.....kira-kira 32 tahun yg lalu,  sedang aku  membonceng  ayahku [arwah] dari
Sungai Sumun ke Teluk Intan,  sampai di Batu Lapan, bila ku toleh ke belakang,
kira-kira 100 meter, ku terpandang motor dilanggar oleh kereta.

Penonggang  motor tu ku  lihat terlambung..!!

Lalu ku tanya ayahku,"Barangkali, kalau kita di tempat tu tadi kita pula yang kena."
Lalu  ayah  menjawab,"Hisssshhh...itu semua  takdir..!!"

Ahad, 2 Januari 2011

Orang Bukan Islam juga terangsang dengan Alunan Ayat-ayat Suci..

        Satu ketika, sedang kami menikmati makanan petang di sebuah restoran di Teluk Intan,  Kawan
saya, mr.K [seorang Tionghua] bersuara,

      mr.K,"Ciggu, apasal itu baca [bacaan Al-Quran ] tak sama?"
      Saya menjawab,”Waa...You pun ada dengar jugak aaaa...?”
      Mr.K,”Ooo..saya selalu ada dengar dekat restoran.”
      Saya,”Bila u dengar ada sikit rasa lain tak [ketenangan]?”
      Mr.K,”Bukan sikit, ada BANYAK  RASA lain.”
      Saya,”Gua cakap luu....itu Buku [Al-Quran]  bukan  sifu  tulis,  tapi dari Tuan Alla.”
      Mr.K bertanya lagi,”Tapi apasal lain-lain bacaan,  isteri saya juga ada dengar lain.”
      Saya jawab,” Sebenarnya ayat Al-Quran mengandungi 6,666 ayat, kemungkinan
      ayat-ayat yang dibaca dari surah-surah yg berlainan,  dan org yg baca dari
      negeri-negeri yg berlainan”.

Mr.K  saya  rasa,  berpuashati  dengan  keseluruhan  jawapan saya itu.
MORALnya  ialah  Al-Quran  memang  boleh  merangsang  hati  manusia  kerana  memang
diturunkan  dari  Allah.

Doa Orang Terinaya

"Hati-hati dengan doa org yang terinaya, kerana ia amat mustajab"- Hadis..

- orang terinaya juga termasuk orang kafir .. bahkan haiwan, tumbuh-tumbuhan juga sering berdoa..
   oleh itu, fikir-fikirkan ..


Bola sepak dan Politik ; Tahap Bolasepak Di Indonesia

Bola sepak dan kerakusan politik

 

SAMA ada saya berada di Jakarta, Indonesia sebagai wakil baru akhbar ini tepat pada waktunya atau tidak, bukanlah idea yang bijaksana untuk dikongsi dalam tulisan ini.
Berkongsi dengan pembaca perkembangan mutakhir sukan bola sepak di negara yang mempunyai populasi penduduk 236 juta ini sebaliknya, menjadi nota yang mahu dimuatkan dalam perenggan seterusnya penulisan ini.
Suasana di Jakarta khususnya menjelang perlawanan akhir pertama dan kedua Piala Suzuki AFF 2010 saling tidak ubah seperti agenda nasional yang cukup besar bagi seluruh rakyat di negara republik ini.
Maka benarlah pandangan yang mengatakan sukan mampu menerobos aliran pemikiran masyarakat. Sukan juga berupaya mencetus polemik, perdebatan dan percaturan idea di kalangan pencinta tegar sama ada yang berpusat di coffe house hotel-hotel waima di warung-warung kecil di tepi jalan.
Penangan sukan bola sepak di Indonesia sendiri misalnya telah mengubah secara total landskap sosio budaya masyarakat dari segenap lapisan.
Kerana mahu mendapatkan sekeping tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno sahaja hampir-hampir meragut nyawa mereka yang berpusu-pusu di pintu masuk stadium.
Itu belum lagi ditambah dengan permainan media tempatan yang cukup ghairah memberikan liputan kepada skuad Garuda yang dari kaca mata mereka harus diangkat ke taraf yang paling tinggi biarpun sebelum memasuki gelanggang.
Liputan meluas media-media tempatan terhadap sukan bola sepak di negara ini amat luar biasa sekali dan tidak pernah dilakukan di Malaysia.

Sepanjang demam Piala Suzuki AFF 2010 lebih-lebih lagi selepas Garuda dibaham oleh Harimau Malaya 0 - 3 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur di peringkat final pertama, liputan berbentuk provokasi menghiasi dada-dada akhbar serta dikupas dalam pelbagai bentuk perdebatan.
Pasukan bola sepak Indonesia kepada rakyat negara itu tidak boleh tunduk pada pasukan tetangga. Kesilapan itu bagaikan satu 'dosa besar' dan wajar ditebus semula meskipun secara relatifnya sukan bola sepak sewajarnya dijadikan senjata untuk mengakrabkan hubungan dua buah negara.
Rasa kasih dan sayang media tempatan terhadap para pemainnya dalam satu perspektif lain barangkali wajar diberi kepujian. Pemain-pemain skuad kebangsaan diangkat pada kedudukan yang paling tinggi biarpun sebelum waktunya kerana didorong oleh semangat nasionalisme yang tinggi.
Prestasi pasukan merah putih itu dianalisis dari pelbagai sudut pandang. Sehingga ke hari ini, satu Indonesia bercakap mengenai bola sepak meskipun kejuaraan Piala Suzuki AFF 2010 musim ini sudah berada dalam genggaman Malaysia.
Emosi rakyat negara ini terhadap pembangunan sukan bola sepak juga sangat mengagumkan berbanding perkembangannya sekitar lebih sedekad lalu.
Generasi skuad Garuda hari ini barangkali boleh disifatkan amat beruntung kerana di tengah-tengah sebahagian besar rakyat Indonesia terhimpit dengan kesulitan hidup, mereka seperti memberi 'nyawa' dan harapan baru.

Masakan tidak, di bumi negara ini masih ramai yang merasakan masa depan mereka semakin gelap kerana kadar inflasi yang meningkat. Itu belum lagi mengambil kira cabaran besar kepimpinan negara untuk menguruskan masalah rakyat dan rasuah yang bukan kecil jumlahnya.
Alternatif
Ketika ini, pasukan kebangsaan memberi alternatif membawa rakyat Indonesia untuk keluar daripada kedukaan.
Sukan bola sepak Indonesia merentangi segala sempadan permasalahan dan sekali gus mencuri perhatian segenap lapisan rakyat negara ini.
Piala Suzuki AFF 2010 mencetuskan kebangkitan masyarakat di negara ini untuk kembali menghijaukan padang yang sudah semakin pudar warnanya.
Biarpun skuad Garuda yang di bawah bimbingan jurulatih, Alfred Riedl itu tidak ditabalkan sebagai juara AFF Rabu lalu, ia bukanlah isu yang harus dipanjangkan lagi.
Sebaliknya, apa yang perlu diberi perhatian oleh seluruh pemerhati sukan ialah, bola sepak di negara ini telah membangkitkan gelombang nasionalisme yang lebih kental dalam jiwa rakyat Indonesia.
Namun, kecintaan yang semakin menebal itu, sayang sekali dicemari dengan kerakusan segelintir pihak yang menjadikan bola sepak sebagai agenda kepentingan politik mereka.
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang dipimpin Nurdin Halid dilihat saling tidak ubah mencari ruang dan kesempatan meraih keuntungan agenda peribadi sehingga mengenepikan keharmonian semangat kesukanan.
Pelbagai kerapuhan dalam struktur pengurusan penganjuran AFF di Indonesia tidak diendahkan oleh Nurdin. Kesudahannya, penganjuran AFF di Jakarta khususnya pada peringkat akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menyaksikan kacau bilau di kalangan penyokong tegar sukan bola sepak.
Kerana prestasi pasukan bola sepak itu yang kurang menyenangkan menyebabkan Nurdin didesak supaya meletakkan jawatan dan memberi ruang memimpin skuad itu kepada pemimpin yang lebih muda dan dinamik.
Di tengah-tengah keghairahan rakyat Indonesia berusaha mengembalikan semula maruah bola sepak negara juga, muncul pula politikus-politikus yang sengaja mahu menumpang perhatian dengan menawarkan habuan-habuan yang lumayan untuk para pemain skuad kebangsaan negara ini.
Andai benar janji-janji manis yang ditaburkan oleh penggiat-penggiat politik menjelang perlawanan akhir tempoh hari, Bambang Pamungkas, Christian Gonzales, Irfan Bachdim dan pemain-pemain lain tentunya boleh menggantung but dan hidup senang lenang tanpa perlu beraksi di padang lagi.
Undangan politik buat pasukan kebangsaan negara itu menjelang detik penting perlawanan akhir benar-benar meresahkan banyak pihak terutamanya Reidhl yang menyuarakan rasa kurang senangnya dengan tindakan-tindakan itu.
Bahkan, Reidhl juga dalam satu temubual dengan media menyifatkan, keghairahan media Indonesia mengangkat pemain kebangsaan serta kaum keluarga mereka sebagai bintang yang hebat merupakan percaturan yang kurang bijaksana.
Faktor-faktor inilah yang memberikan tekanan dan bebanan psikologi yang bukan kecil kepada pemain-pemain bola sepak negara itu.
Masakan tidak, harapan masyarakat yang digalas amat tinggi sedangkan menjelang hari perlawanan skuad lebih banyak menghabiskan masa menghadiri acara sosial anjuran ahli politik.
Laporan lidah pengarang beberapa media tempatan turut merumuskan kegagalan pasukan Garuda di gelanggang Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini bukanlah menandakan ia kekalahan pemain-pemainnya.
Pemain-pemain skuad kebangsaan itu tidak wajar dipersalahkan kerana mereka sudah melaksanakan tugas masing-masing.
Garuda sudah mula berani untuk terbang tinggi. Para pemainnya serta jutaan penyokong sukan itu di negara ini sebetulnya juga sudah berada beberapa langkah ke hadapan daripada pemimpinnya menyorak kebanggaan terhadap pasukan itu.
Sebaliknya, yang tewas dan paling kecewa ialah para pemimpin, oportunis politik dan mereka yang gemar mengeksploitasi maruah bangsa. Harus diingatkan, politik dan sukan merupakan dua agenda yang berasingan dan seharusnya dipisahkan secara total.
Bukan saja buat Indonesia, bahkan Malaysia juga sewajarnya menjadikan hal ini sebagai panduan untuk membangunkan sukan bola sepak pada masa depan.
Kita tentunya tidak mahu melihat Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi dan lain-lain menjadi mangsa eksploitasi politik di Malaysia.
Lebih baik serahkan saja mereka yang bijak pandai menguruskan pasukan bola sepak. Orang politik kerjanya membela nasib rakyat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm