Assala Muaalaikum

Assala Muaalaikum.. .And Peace Be Upon U, Thank For Visiting This Site


Assalamu Alaikum Dan Salam Sejahtera......SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU......Jangan Lupa SOP KeNDIRI ...



Terima Kasih, sudi mengunjungi site ini..

Memaparkan catatan dengan label Rempah Ratus Bloggs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rempah Ratus Bloggs. Papar semua catatan

Ahad, 6 September 2015

Luahan hati Syed Mokhtar Bukhary berkenaan Najib Razak

Luahan hati Syed Mokhtar Bukhary berkenaan Najib Razak 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
 2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
 4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar.  SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan  atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14.Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.
15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
 16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana. 17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesa

Jumaat, 6 Disember 2013

Dunia Semakin Mudah Dan Pantas..

    Lain  benar  senario  zaman  dahulu  dan  kini.  Kadang-kadang  daku
cemburu  dengan  kemudahan  yang  ada  kini,  di bandingkan  di zaman
remajaku  dulu.

       Dulu, perkhidmatan  hantaran  surat  segera  sesuatu  yang  eksklusif
sifatnya,  pejabat  pos  satu-satunya  yang  mengadakan  perkhiudmatan
tersebut,  tapi  kini,  masyaAllah,  banyak  perkhidmatan  penghantaran
pos  laju  di sekeliling  taman  perumahan.

       Taligraf  satu-satunya  perkhidmatan  mesej  cepat  suatu  ketika
dahulu.  Bukan  senang  hendak  menggunakannya,  terpaksa  isi
borang  dan  agak  mahal..  Tapi  kini,  hp  menatasi  segala-galanya.

       Malah  nak  menempah  tiket  kapal  terbang,  semudah  menempah
tiket  bas,  bayar  saja,  mereka  akan  uruskan  segala-galanya.
premisnya  pun,  berada  di depan  taman  perumahan  kita.

        Pusat  pendidikan  berlambak-lambak  mencari  student  yang  berminat.
Dulu,  kami  yang  terpaksa  bersaing  untuk  dan  cari  sendiri  pusat  pen-
didikan  tinggi..  Daku  amat  cemburu  dengan  kemudahan  remaja  di zaman
ini..

        Pusat-pusat  perubatan  bagaikan  cendawan  bertumbuhan.  terutama
yang  alternatif.   terserah  pada  kita  sesuai  yang  mana.

       Dulu, nak  keluarkan  duit  gaji,  terpaksa  ke tempat  bekerja,  majikan
masukkan  dalam  buku  akaun  atau   bagi  cash.   tapi  sekarang,  boleh
dikeluarkan  di mana-mana  sahaja.

       Nak  tenguk  cerita  Melayu,  terpaksa  ke tempat  org  yg  ada  telivisyen.
Kadang-kadang  terpaksa  bayar  duit  minyak  tuan  rumah.  bersesaklah
dalam  rumah  tu.   Sekarangg....
     


     

Khamis, 18 Julai 2013

Suatu pagi di waktu sahur ....

    Suatu  pagi, waktu  aku  sedang  bermotosikal  hendak  menuju  ke sebuah  restoran 
untuk  bersahur,  di pertengahan  jalan,  sayup-sayup  kelihatan  kelibat  seseorang
sedang  berjalan  kaki.  Jam  kira-kira  4.15  pagi.  Keadaannya  agak  menyedihkan,
tidak  terurus.  merayu-rayu  minta  tolong.  Keadaannya  tidak  terurus.  Aku  antara 
berani  dengan  tidak  untuk  menghentikan  motosikal  utk  membantunya.  Lalu  aku  berhenti,  memberanikan  motosikal,  cuba  membantu  mana-mana yang  boleh.
       Aku  bertanya,  "Apa  hal?"
  Dia  menjawab,  dan  meminta  tolong," Tolong  pakcik,  ini  perjuangan  antara  hidup  dan
 mati."  Dalam  loghat  Indon.
       Aku  lebih  kehairanan.   Dia  lalu  menjelaskan, " Saya  sedang  berjalan  untuk
ke Medan  Gopeng  untuk  mengambil  emas,  untuk  mengubat  diriku."  Dia  teruskan
perbualan," Diriku  amat  lemah  tanpa  emas  itu.  Pakcik  faham  tak  maksud  saya ?"
      Aku  kaget  , cemas dan  ragu-ragu.   Medan  Gopeng  pulak  terletak  kira-kira
10  km  dari  situ.  Dia  sebenarnya  ingin  menyuruku  bawanya  ke sana.  Tapi
sebenarnya  aku  tak  boleh  bawanya  sejauh  itu.
      Dia  terus  merayu-rayu,  bersungguh-sungguh.   Aku  terus  pergi,  tanpa  dapat
membantunya.  Maklumlah,  tak  tau  latar  belakangnya  dan  apa-apa  boleh  terjadi
di tengah  jalan. 
     Dia  terus  menjerit,"Tolong  aku  pakcikkkkk!!"  Berulang-ulang  kali.
     Namun  aku  tetap  tertanya-tanya  apa  maksudnya  "emas"  untuk  dirinya  itu.
lalu  aku  terfikir,  apakah  maksudnya  dadah?   Aku  yakin,  memang  itu  bendanya.   


Isnin, 8 Julai 2013

ooh...Ada kehidupan Di sini ....

   .........sedang  aku  lepak  membaca  surat  khabar  di taman  Dr. Seeni,   seorang
 India [60 an] ,  berbalut  sokong  pada  bahunya,  menghampiriku.  Lalu  kami  pun
 berbuallah,  antaranya  tentang  pengalaman-pengalaman  yg  pernah  kami  lalui.

Ia  tinggal berseorangan.  Yang  menarik  perhatianku,  kediamannya  di bawah
papan  licin  gelongsor  mainan tu.  Luasnya  kira-kira  1.5 m X 2.5 m.  Tanpa air
dan  letrik. Dia  pun  tak  keberatan  untuk diphoto.  Dia  sudah  tak  bekerja.  makanan
 diperolehi  dari  restoran  mamak yang  berdekatan.  Katanya,  dia  sudah  tinggal
kira- kira  10  tahun  di situ..mmm...