Corak Berbelang Itu Bergerak
“Kelempung!
….kelempung!!” bunyi ‘baja
kompos’ jatuh bila
bertemu dengan permukaan
air dalam parit.
Memang sedap ‘melepaskan
hajat’ di pagi hari
atas titi batang
kelapa belakang rumah
pak sedara tu.
Tapi
selalunya, sebelum aku
‘melepas’, aku akan
memerhati ke arah parit
di sebelah belakangku, bukan nak
buat ‘take cover’ ; alahhhh….umur 10
tahun, apa aku
nak malu!!.
Nun
di dalam parit, betul-betul
atas tempatku mencangkong,
terlihat seolah-olah corak-corak
macam hiasan kain atau
bola lebihkurang hitam putih.
Kemudian, selepas
aku melepaskan ‘baja
kompos’ ku ke dalam
parit, aku menikmati
pandangan di depanku saja;
tak perhati ke belakang.
“Fuhh….!!” Alangkah nikmatnya
menikmti panorama di depan
sambil menghayati alunan irama jatuhan-jatuhan baja-baja
kompos yg baru
ku proses itu.
Begitulah hampir setiap
pagi kitaran hidupku
ketika itu.
Suatu
hari yang lain,
di waktu yang sama,
setelah aku selesaikan
‘melepaskan hajat’,
entah macamana
ketika aku berdiri
nak basuh, sempat
aku menoleh panorama
di belakang,
di dlam air,
betul-betul di bawah tempat
‘baja kompos’ tu
memukul air. Aku
lihat, corak-corak
hitam putih
yg sebelumnya kelihatan
sepeti corak di atas
bola atau kain
yg berlilitan, tiba-tiba
melepaskan lilitan,
bergerak-gerak seolah-olah terganggu
oleh ‘dentuman’ ‘baja
kompos’ku.
Baru ku
tahu, selama ini,
aku bertenggong di atas
seekor ular yg
sedang melengko.
Sure-laaa….lepas tu, takder
ler aku nak
bertenggong di atas titi
batang kelapa itu
lagi.
Kena ler respek
skit kawan tuu. Aku kena cari
‘port’ lain le
pulak …….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan