....ketika daku sedang asyik membaca surat khabar, seorang lelaki kira-kira
sebaya dengan ku duduk di meja sebelah, bersama anaknya. Aku sedang
menikmati sarapan pagi di pekan Tlk Intan.
Dia lalu menegur ku, "Apa cerita sensasi hari ni?" Aku jawab," Macam-macam".
Isterinya datang kemudian tersenyum mendengar jawapanku.
Mereka lalu berbual seketika, daku lalu menjampuk untuk menambah kemesraan.
Kami bersembang kira-kira 5 minit.
Daku lalu bertanya, " kerja di mana? " Lelaki tersebut menjawab," Di sini saja,
biasa-biasa saja" . Aku cuba bertanya lbh dalam, "Kerja di pejabat mana?"
Dia menjawab," Alaaahhh di sini saja, biasa-biasa ajer." Seolah-olah terlalu
merendah diri dan amat berahsia..
Sebenarnya jawapan begitu membuatkan ku sedikit tersinggung. Lalu daku berkata, "Saya pernah berbicara dgn seseorang, jawapannya, bekerja biasa aje, tapi pendapatannya
RM 20,000 sehari!" Ujarku sambil tersenyum sinis dan cuba menyindirnya.
Isterinya tersenyum, dan lelaki tersebut agak gugup.
// moral cerita= Kenapa nak berahsia sangat, dalam usia tahap ini, crita klu-klu
sikit dah laa...Kalau nak bersembang sangat.. amatilah adab-adabnya, kalau tidak,
hubungan tidak begitu berkesan.. / salammm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan