Seorang Profesor pernah berkata [kira-kira 20 tahun dahulu] bahawa ilmu /
pengetahuan seseorang, biarpun bergelar seseorang profesor hanya bertahan kira-kira
6 tahun sahaja. Bermakna, kalau tidak mengkaji dan menambah ilmu-ilmu baharu,
tahap keilmuannya mungkin menyamai orang-orang biasa sahaja.
Itu kira-kira 20 tahun yang lalu. Namun di era maklumat di hujung jari serta
penulisan-penulisan yang lebih sopistikated kini, barangkali tidak sampai setahun,
ilmu-ilmu kita yang sedia ada sekiranya tidak kita perbarui, akan menjadi 'basi', serta
diatasi oleh orang lain..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan