Lain benar senario zaman dahulu dan kini. Kadang-kadang daku
cemburu dengan kemudahan yang ada kini, di bandingkan di zaman
remajaku dulu.
Dulu, perkhidmatan hantaran surat segera sesuatu yang eksklusif
sifatnya, pejabat pos satu-satunya yang mengadakan perkhiudmatan
tersebut, tapi kini, masyaAllah, banyak perkhidmatan penghantaran
pos laju di sekeliling taman perumahan.
Taligraf satu-satunya perkhidmatan mesej cepat suatu ketika
dahulu. Bukan senang hendak menggunakannya, terpaksa isi
borang dan agak mahal.. Tapi kini, hp menatasi segala-galanya.
Malah nak menempah tiket kapal terbang, semudah menempah
tiket bas, bayar saja, mereka akan uruskan segala-galanya.
premisnya pun, berada di depan taman perumahan kita.
Pusat pendidikan berlambak-lambak mencari student yang berminat.
Dulu, kami yang terpaksa bersaing untuk dan cari sendiri pusat pen-
didikan tinggi.. Daku amat cemburu dengan kemudahan remaja di zaman
ini..
Pusat-pusat perubatan bagaikan cendawan bertumbuhan. terutama
yang alternatif. terserah pada kita sesuai yang mana.
Dulu, nak keluarkan duit gaji, terpaksa ke tempat bekerja, majikan
masukkan dalam buku akaun atau bagi cash. tapi sekarang, boleh
dikeluarkan di mana-mana sahaja.
Nak tenguk cerita Melayu, terpaksa ke tempat org yg ada telivisyen.
Kadang-kadang terpaksa bayar duit minyak tuan rumah. bersesaklah
dalam rumah tu. Sekarangg....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan