Khamis, 26 Disember 2013
Khamis, 12 Disember 2013
Sedikit Mengenai Herbalife
Memang hebat pemakanan moden kini. Antaranya ialah Herballife.
Suatu ketika, saya disaran memakan herbalife untuk mencairkan darah. Dan katanya,
[pakar kesihatan] kesannya memang paling kurang 6 bulan. Tetapi dalam 2 hari,
menakjubkan, najisku yg hampir se tahun asyik cirit, mengeras..Wow!!
hebatnya pemakanan nih.
Selepas se bulan daku mengamalkannya, antara kesan-kesannya ialah=

- Kurang buang air kecil [baiki organ prostat]
- Lebih bertenaga dan tahan lama
- Tidak sakit tulang ketika naik motor.
Itu baru se bulan 2, bagaimana selepas 5 bulan? Ia cuba baiki organku yg lain.
Ibuku pula, selepas menerima rawatan bekam dan diberi set Herbalife, antara
perubahan selepas itu :

- lebih bertenaga
- muka lebih tenang/ berseri
- selera makan bertambah
- batuk-batuk kurang.
- najis tidak susah keluar [keras]
Dan yang paling ajaib, kawanku yg se tahun mengalami sakit buah pinggang,
3 tahun terakhir terlantar di katil [tak boleh berjalan lebih dari 3 langkah]
tiba-tiba sudah boleh berjalan lebih dari puluhan langkah dan akan
kembali bertugas tahun depan.
Oleh itu, saya cadangkan sekiranya anda mengidap penyakit kronik, jgn
putus asa, cubalah dengan pemakanan herbalife.
Jumaat, 6 Disember 2013
Dunia Semakin Mudah Dan Pantas..
Lain benar senario zaman dahulu dan kini. Kadang-kadang daku
cemburu dengan kemudahan yang ada kini, di bandingkan di zaman
remajaku dulu.
Dulu, perkhidmatan hantaran surat segera sesuatu yang eksklusif
sifatnya, pejabat pos satu-satunya yang mengadakan perkhiudmatan
tersebut, tapi kini, masyaAllah, banyak perkhidmatan penghantaran
pos laju di sekeliling taman perumahan.
Taligraf satu-satunya perkhidmatan mesej cepat suatu ketika
dahulu. Bukan senang hendak menggunakannya, terpaksa isi
borang dan agak mahal.. Tapi kini, hp menatasi segala-galanya.
Malah nak menempah tiket kapal terbang, semudah menempah
tiket bas, bayar saja, mereka akan uruskan segala-galanya.
premisnya pun, berada di depan taman perumahan kita.
Pusat pendidikan berlambak-lambak mencari student yang berminat.
Dulu, kami yang terpaksa bersaing untuk dan cari sendiri pusat pen-
didikan tinggi.. Daku amat cemburu dengan kemudahan remaja di zaman
ini..
Pusat-pusat perubatan bagaikan cendawan bertumbuhan. terutama
yang alternatif. terserah pada kita sesuai yang mana.
Dulu, nak keluarkan duit gaji, terpaksa ke tempat bekerja, majikan
masukkan dalam buku akaun atau bagi cash. tapi sekarang, boleh
dikeluarkan di mana-mana sahaja.
Nak tenguk cerita Melayu, terpaksa ke tempat org yg ada telivisyen.
Kadang-kadang terpaksa bayar duit minyak tuan rumah. bersesaklah
dalam rumah tu. Sekarangg....

Khamis, 5 Disember 2013
Perbaharui Pengetahuan Anda !
Seorang Profesor pernah berkata [kira-kira 20 tahun dahulu] bahawa ilmu /
pengetahuan seseorang, biarpun bergelar seseorang profesor hanya bertahan kira-kira
6 tahun sahaja. Bermakna, kalau tidak mengkaji dan menambah ilmu-ilmu baharu,
tahap keilmuannya mungkin menyamai orang-orang biasa sahaja.
Itu kira-kira 20 tahun yang lalu. Namun di era maklumat di hujung jari serta
penulisan-penulisan yang lebih sopistikated kini, barangkali tidak sampai setahun,
ilmu-ilmu kita yang sedia ada sekiranya tidak kita perbarui, akan menjadi 'basi', serta
diatasi oleh orang lain..

Selasa, 3 Disember 2013
Mudahnya Mencari Ilmu Pengetahuan Kini .
kalau dibandingkan 30 tahun dulu, mudah sangat hendak mendapatkan ilmu
pengetahuan kini.
maklumat di hujung jari [internet via komputer atau iphone], buku-buku,
majallah, tv berbayar khususnya, gedung-gedung perniagaan, malah
individu-individu berpengetahuan juga cukup ramai kini.
Aye/ I dulu cukup tertekan untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat lebih
tinggi, maklumlah institusi-institusi pengajian tinggi ketika itu kira-kira 6
buah sahaja. Tapi kini melambakk! Kira-kira 1,000 buah.
Barangkali duit dan keazaman sahaja yang menjadi penghalang...
Ahad, 1 Disember 2013
tak perlulah berahsia ....
....ketika daku sedang asyik membaca surat khabar, seorang lelaki kira-kira
sebaya dengan ku duduk di meja sebelah, bersama anaknya. Aku sedang
menikmati sarapan pagi di pekan Tlk Intan.
Dia lalu menegur ku, "Apa cerita sensasi hari ni?" Aku jawab," Macam-macam".
Isterinya datang kemudian tersenyum mendengar jawapanku.
Mereka lalu berbual seketika, daku lalu menjampuk untuk menambah kemesraan.
Kami bersembang kira-kira 5 minit.
Daku lalu bertanya, " kerja di mana? " Lelaki tersebut menjawab," Di sini saja,
biasa-biasa saja" . Aku cuba bertanya lbh dalam, "Kerja di pejabat mana?"
Dia menjawab," Alaaahhh di sini saja, biasa-biasa ajer." Seolah-olah terlalu
merendah diri dan amat berahsia..
Sebenarnya jawapan begitu membuatkan ku sedikit tersinggung. Lalu daku berkata, "Saya pernah berbicara dgn seseorang, jawapannya, bekerja biasa aje, tapi pendapatannya
RM 20,000 sehari!" Ujarku sambil tersenyum sinis dan cuba menyindirnya.
Isterinya tersenyum, dan lelaki tersebut agak gugup.
// moral cerita= Kenapa nak berahsia sangat, dalam usia tahap ini, crita klu-klu
sikit dah laa...Kalau nak bersembang sangat.. amatilah adab-adabnya, kalau tidak,
hubungan tidak begitu berkesan.. / salammm

Khamis, 10 Oktober 2013
Beware of Dye-Stained Banknotes in Malaysia.
Beware of Dye-Stained Banknotes in
Malaysia.
10th September, 2013
If someone or a shopkeeper passes to you Dye-Stained Banknotes, do not
accept them. Beware, the banknotes may come from banks or ATM machine’s
robbery! We obviously do not want to be implicated in on these criminals.
Recently, due to a sharp increase in ATM robberies in
Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) introduced Currency Protection Device
(CPD) to deter ATM robberies.
CPD will emit a bright-coloured dye ink (using either smoke and/or
liquid dye or any other agent) to stain banknotes in the event the ATMs/CDMs
are attacked.
The stains vary considerably, and can cover the entire note or just the
edge or corner. The dye-stained banknotes are unfit for circulations. The
intention is to stain the notes that have been stolen, making it difficult for
the offenders to use them.
BNM advice members of the Public, Retailers and Cash Handlers not to accept dye-stained banknotes as the banknotes are likely to have been stolen ones. They should report any information regarding such banknotes immediately to the police.
By installing CPD, BNM hopes that in the long run, it should reduce the
incidences of ATM robberies.
More information regarding dye-stained banknotes.
Rabu, 28 Ogos 2013
Sabtu, 10 Ogos 2013
Khamis, 18 Julai 2013
Suatu pagi di waktu sahur ....
Suatu pagi, waktu aku sedang bermotosikal hendak menuju ke sebuah restoran
untuk bersahur, di pertengahan jalan, sayup-sayup kelihatan kelibat seseorang
sedang berjalan kaki. Jam kira-kira 4.15 pagi. Keadaannya agak menyedihkan,
tidak terurus. merayu-rayu minta tolong. Keadaannya tidak terurus. Aku antara
berani dengan tidak untuk menghentikan motosikal utk membantunya. Lalu aku berhenti, memberanikan motosikal, cuba membantu mana-mana yang boleh.
Aku bertanya, "Apa hal?"
Dia menjawab, dan meminta tolong," Tolong pakcik, ini perjuangan antara hidup dan
mati." Dalam loghat Indon.
Aku lebih kehairanan. Dia lalu menjelaskan, " Saya sedang berjalan untuk
ke Medan Gopeng untuk mengambil emas, untuk mengubat diriku." Dia teruskan
perbualan," Diriku amat lemah tanpa emas itu. Pakcik faham tak maksud saya ?"
Aku kaget , cemas dan ragu-ragu. Medan Gopeng pulak terletak kira-kira
10 km dari situ. Dia sebenarnya ingin menyuruku bawanya ke sana. Tapi
sebenarnya aku tak boleh bawanya sejauh itu.
Dia terus merayu-rayu, bersungguh-sungguh. Aku terus pergi, tanpa dapat
membantunya. Maklumlah, tak tau latar belakangnya dan apa-apa boleh terjadi
di tengah jalan.
Dia terus menjerit,"Tolong aku pakcikkkkk!!" Berulang-ulang kali.
Namun aku tetap tertanya-tanya apa maksudnya "emas" untuk dirinya itu.
lalu aku terfikir, apakah maksudnya dadah? Aku yakin, memang itu bendanya.

Isnin, 8 Julai 2013
ooh...Ada kehidupan Di sini ....
.........sedang aku lepak membaca surat khabar di taman Dr. Seeni, seorang
India [60 an] , berbalut sokong pada bahunya, menghampiriku. Lalu kami pun
berbuallah, antaranya tentang pengalaman-pengalaman yg pernah kami lalui.
Ia tinggal berseorangan. Yang menarik perhatianku, kediamannya di bawah
papan licin gelongsor mainan tu. Luasnya kira-kira 1.5 m X 2.5 m. Tanpa air
dan letrik. Dia pun tak keberatan untuk diphoto. Dia sudah tak bekerja. makanan
diperolehi dari restoran mamak yang berdekatan. Katanya, dia sudah tinggal
kira- kira 10 tahun di situ..mmm...

Ahad, 16 Jun 2013
Suatu tenungan .....
Hati-hati dengan tenungan...
Di kampungku suatu ketika dahulu, ketika di dalam kebun, seorang remaja
telah ditenung tajam oleh seekor sesumpah. Beliau tergamam dan mengakibatkannya
demam. Beliau selepas itu tidak berani lagi ke kebun.
Daku sendiri suatu masa dulu pernah mengejar seekor tikus di sebuah rumah
sewa. Tikus itu terkepung di dalam almari kosong. Daku cuba hendak memukulnya
dengan objek keras. Jam kira-kira pukul 2 malam. Dalam keadaan terdesak itu,
tikus besar tersebut merenungku dgn tajam. Entah kenapa, aku jadi kaku,
dan melepaskannya pergi,
Guru Muzik nangis dengar lagu ini..
klik
Published on Jun 7, 2013
This is my American high school
Chorus group from Chariho Regional High School, Rhode Island! My Chorus
teacher, Ms. Dowding asked me if I have any song from Malaysia that I
can teach to Chorus. The easiest and meaningful song that I can find is
Sahabat by Najwa Latif. So, I decided to teach them this song! It was
hard for them to learn this song, but then they get used to the language
and everything gets easier. We didn't sing some part of the song
because it's hard without music and I can't find any piano chord for
this song.
I know they really sounds Americanized which is I like it to be that way. What do you expect for? They're Americans. I mean, awesome group of Americans!
And btw, they know the meaning of this song because I translated it for them. My teacher cried while reading the meaning of this song for the class. That shows how much passion Ms. Dowding has for this :)
This is a fun class where I get to know a group of nice and talented people with a super nice teacher. I love them so much. Thank you so much for letting me teach you guys a song and thank you so much for the awesome experience in a lifetime!

Sabtu, 15 Jun 2013
Kita Memang Tidak Dapat Menjangka 2
......ia merenungi ku, sekira-kira 7 meter dari bilik tempatnya terbaring. Renungan seperti
mengharapkan sesuatu. Niatnya mungkin mahu daku mendekatinya apakandaya beliau tidak mampu..... Namun org ramai mengelilinginya, buatkan ku segan.
Aku kemudian mahu berehat pulang, utk datang lagi ke rumah embah [nenek] ku itu.
Dalam perjalanan dari rumah utk melawatnya kembali, berselisih dengan bapa saudara,
beliau menyatakan, embah sudah 'tiada'.
Kira-kira 34 tahun, aku berasa begitu ralat, kenapa aku tidak menghampirinya di saat
saat akhir hayatnya?
Jumaat, 14 Jun 2013
Kita Memang Tidak Dapat Menjangka
..........ketika aku melihatnya terlantar di hospital, keadannya memang agak lemah.
Sempat juga kami berbual banyak perkara. Lalu, ketika nurse hendak merawatnya,
aku memberi ruang. Lalu ku tinggalkan bapa saudaraku itu. Padaku, utk mem-
berinya istirehat.
Bapa saudara tu terlibat kemalangan sebenarnya.
Aku yakin, beliau boleh sembuh sepenuhnya. Tiba-tiba seminggu kemudian, aku
terima sms dari adikku, beliau [bapa saudara ku] telah meninggal dunia. [9 Jan. 013]
Memang tidak ku jangka.
Gambar hiasan

Jumaat, 7 Jun 2013
Ceriakan Pagi Anda .....
Salah seorang pensyarah kaunseling memberi petua, "Keseronokan dan semangat seharian anda
bermula waktu pagi. Oleh itu, sekiranya di pagi hari itu anda berfikiran negatif atau bemuka
masam, ini akan mempengaruhi seharian anda itu. Namun katanya, perkara itu boleh di atasi.
Otak boleh ditipu. Cubalah anda tersenyum, utk mengaburi otak anda. Atau paling kurang,
gigitlah sebatang pen, kerana kedudukan bibir bagaikan tersenyum, dan ini akan mempengaruhi kepositifan pemikiran anda.

Kekuatan dan Kelemahan .....
...manusia, nama pun memang spesis manusia. Manusia dari kata pokok "nasia",
bermaksud lupa, lalai, . So gitulah tabie manusia, lupa dan lalai. Ada kekuatan,
dan kelemahannya. Jgn lah kita harapkan semua org sempurna. So, maafkan
mereka, dan ingatilah kelemahan mereka. Kita ambillah iktibar darinya.
Khamis, 6 Jun 2013
Tak sangka, kalian masih berkhidmat di situ.
...semalam daku ke UKM, berbincang tentang pengajian ku dengan beberapa org
pensyarah, tiba-tiba, daku bertemu dengan guru Kolej dan pensyarah ku; ustaz
Idris Endut. Tadi pula, daku terserempak dgn ustaz Mudasir Rosder, renungannya
pd ku teramat mendalam,..pd ku, beliau org yg paling cool,..tak sangka, kami bertemu
stlh 26 tahun berpisahh...:(

Jumaat, 31 Mei 2013
Khamis, 23 Mei 2013
Ahad, 19 Mei 2013
Masa Utk Bekerja
Beliau seorang bertaraf jutawan, bolehlah ke sana kemari ; membuang masa. Kita perlu mencari rezeki,memenuhi keperluan hidup. Jadi jgn buang masa, sekarang masa utk
bekerja..
Sabtu, 18 Mei 2013
Kekalkanlah Keamanan..
Nikmatilah keselesaan hidup kita kini. Janganlah sesal nanti. Hak-hak kita harus dijaga,
jgn sampai terlepas pd yg hanya bermulut manis. Lihatlah kehancuran di negara-negara luar sana. Ambil iktibar, dan fikirkanlah sedalam- dalamnya.. renungilah nasib anak-aanak cucu kita.
Yg ada, sudah dijamin baik, yg dikhayalkan, belum tentu sebaik ini..
Fikir-fikirkan..!

Rabu, 15 Mei 2013
Jumaat, 26 April 2013
Ahad, 7 April 2013
Kucingku, kalaulah...
Kalaulah ….
Selalu ku fikirkan,
kalaulah kucingku pandai
meniru aksi manusia,
kan senang
hidupku dan hidupnya [ boleh bermain sarkis
atau berbuat
apa saja macam
kartoon tu!..] Malah, boleh
menewaskanku..
Tapi itu pemikiran
kita, pemikiran haiwan
tersebut tentu tidak
sampai ke situ,
kecuali telah lama
berlatih.
Begitulah hidup kita, kalaulah kita
tahu sedikit strategi,
barangkali hidup kita
Lebih baik…
Rabu, 3 April 2013
Nama-nama Yg Diharamkan..
Abkam | Tidak celik, buta |
Abiqah | Hamba yang lari dari tuannya |
Afinah | Yang bodoh |
Asyar | Paling jahat |
Asyirah | Yang tidak bersyukur atas nikmat |
Amah | Hamba suruhan perempuan |
Baghiah | Yang zalim, jahat |
Bahimah | Binatang |
Balidah | Yang bodoh, bebal |
Bakiah | Yang menangis, merengek |
Baqarah | Lembu Betina |
Batilah | Yang batil, tidak benar |
Dabbah | Binatang |
Dahriyah | Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya |
Dahisyah | Goncang, stress |
Darakah | Kedudukan yang rendah |
Daniyah | Yang lemah dan hina |
Dami'ah | Yang mengalir air matanya |
Fasidah | Yang rosak, yang binasa |
Fasiqah | Yang jahat, si fasik |
Fasyilah | Gagal, kalah |
Fajirah | Yang jahat, yang berdosa |
Faji'ah | Kecelakaan |
Ghafilah | Yang lalai, yang leka |
Ghailah | Kecelakaan, bencana |
Ghaibah | Hilang |
Ghasibah | Perampas, perompak |
Ghamitah | Yang tidak mensyukuri nikmat |
Ghawiah | Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu |
Haqidah | Yang dengki |
Hasidah | Yang hasad |
Hazinah | Yang sedih |
Huzn | Kesedihan |
Khabithah | Yang jahat, yang keji |
Khali'ah | Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu |
Khati'ah | Yang bersalah, yang berdosa |
Khasirah | Yang rugi |
Khamrah | Arak |
Jariah | Hamba suruhan perempuan |
Jafiah | Yang tidak suka berkawan |
Kaibah | Yang sedih |
Kafirah | Yang kafir, yang ingkar |
Kamidah | Yang hiba, yang sangat berduka |
Kazibah | Pendusta, pembohong |
Lahab | Bara api |
Laghiah | Sia-sia, tidak berfaedah |
La'imah | Yang tercela |
Rabu, 20 Mac 2013
Beberapa Istilah Khinzir
Istilah Makanan Yang Berkaitan
Dengan Babi..
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Langgan:
Catatan (Atom)