kira-kira 5
kilometer. Rumah di kampung pula
kira-kira 50 km. Aku cuba ‘calm down’ .
Aku sorong
motorku ke bawah ladang kelapa sawit berdekatan
kira-kira 50 meter dari kediaman penduduk.
Jam
kira-kira pukul 2 petang.
Tiba-tiba lalu seorang penunggang
motor. Aku minta belas kasihan supaya
dicarikan minyak.
Aku
ceritakan bahawa meter minyakku memang rosak.
Dia faham. Lalu membomcengkan ku
ke sebuah
kedai yang terletak kira-kira ¾ km.
Sebelum tu, aku menjanjikannya akan memberi upah RM 30. Setelah mendapat minyak, aku isikan dalam
tank. Aku kotakan janjiku. Tetapi dia menolak
pemberianku itu. Setelah sempurna
semuanya, aku mengucapkan berbanyak terima kasih kpdnya
dan dengan
ungkapan,”Mike akan jadi orang kaya”.
Dia tergelak.. Dia menunggu
memastikan
aku dapat
berjalan dengan sempurna. Dia pemilik
kedai runcit di situ rupanya.
Lokasi kejadian tersebut adalah di antara Felcra Seberang Perak dan Sg Ranggam. Sebelah
Kanan, saujana sawah padi, manakala sebelah kiri menuju sg. Ranggam
adalah kelapa sawit
dan kawasan perkampungan.
Jam kira-kira 2.00 ptg.
Tarikh: 22Sept. 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan