Aku bersama-sama beberapa orang
guru di salah sebuah
sekolah di daerah Manjung
mengiringi
rombongan para pelajar ke Genting Highland.
Peristiwa
ini berlaku kira-kira
11 tahun yang
lalu ketika aku bertugas di daerah tersebut.
Salah satu
tempat menarik yang
ingin dilawati dan dinikmati
ialah kereta kabel.
Pada
waktu itu, cuaca
agak lembab dan angin bertiup
sepoi-sepoi. Jam kira-kira
pukul 3 petang. Terpancar
riang gembira disetiap
orang ketika itu.
Setelah selesai berurusan di kaunter tiket, kami bergerak
berbaris menunggu giliran
untuk melangkah masuk ke dalam
koc-koc kable tersebut.
Bersamaku, beberapa orang
kumpulan pelajar lelaki dan
perempuan dalam satu koc
itu.
[ Seingat aku mungkin
berusia di bawah 15 tahun]. Guru-guru
yang lain, bersama
kumpulan
pelajar yang lain.
Kable mula
bergerak perlahan. Bila
kereta kable bergerak
ke aras lebih tinggi,…. Wah, seronok rasanya, nyaman, pemandangan di bawah dan yang se paras,
indah, cukup indah. Pemandangan
gunug-ganang, hutan tebal, kabus,
deruan angin, memang
sukar digambarkan dengan
kata-kata. Cuaca memang
sejuk. Kadang-kadang perasaan
gayat dan seriau
pun ada. Maklumlah kami berada
kira- kira 150 meter
dari paras laut.
Sedang kami leka
dibuai realiti dan
fantasi, angin kami
rasakan menderu agak
kencang.
Makin lama, makin
kencang. Ini membuatkan
koc-koc itu terbuai-buai,
olang-aling ke kiri
dan ke kanan. Fullamak,…menyirap darah ku…Dan
bagai nak pecah jantungku.
Bayangkanlah, kalau
tertanggal
skru “joining-cable” atas tu.
Kami
dapat rasakan ada sesuatu yang
tidak kena. Keadaan
dalam koc terasa
tension. Pelajar yang
riang, bertukar cemas. Senyap sunyi.
Hujan mula turun.
Angin menderu kencang.
Yaa…
memang ada sesuatu
yang akan berlaku.
Kereta kabel
itu itu tiba-tiba
terhenti. Masih
terbuai-buai ke
kiri dan
ke kanan. Waduh! Kenapa
ini berlaku pada ku!
Tiba-
tiba seorang pelajar
perempuan, bagaikan diserang
histeria, lalu menjerit
menangis,
“Saya Tidak Mau Mati ......Ustadzzzzz....!!!”. Aku
cuba menenangkan keadaan;
Aku cakap,”Diam
semua! Jangan bergerak!”
Bagi mengurangkan ayunan
dan bebanan koc tersebut.
Keadaan yang cemas
itu berlaku kira-kira
6-7 minit. Hujan mula
berhenti. Keadaan masih
dingin. Bila cuaca
pulih, kereta tersebut
bergerak kembali meneruskan
perjalanan ke puncak
gunung. Legaaa
kami semua.
Aku baru
terperasan, di sebelah kanan ku,
adalah juruteknik kereta
kebal tersebut. Barang-
kali, gelihati melihat
insiden tesebut.
Ooo rupanya,
sistem kereta kabel tersebut
akan terhenti sekiranya cuaca
buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan