Di kawasan tempat tinggal ku, terdapat
bengkel-bengkel kereta.  Beberapa  ekor 
anjing 
dipelihara  untuk 
menjaga bengkel-bengkel 
tersebut.  Anjing- anjing tu  memang dedikasi.
Namun,  ada seekor anjing yang  menarik 
perhatianku.  
            Entah 
macamana,  anjing ni begitu  jinak 
padaku.  Saiznya  kecil 
sedikit  dari  yang 
lain.
Lebih  muda.  Ia  seekor 
anjing  betina.  
             Sering  kali 
ia cuba  merapati ku..[nak  bermanja le tu].  Aku  selalu halaunya  jauh 
sedikit.
Kadang  ia  lari  ke sana ke mari  dan mula 
merapati  ku  kembali. 
             Anjing-anjing di kawasan tersebut  memang 
menjaga  harta  benda  di
situ  termasuklah  
motorku..Mereka  akan menyalak bersahutan  sekiranya 
terdapat  orang  dianggap 
asing  melalui
kawasan
tersebut.
            Anjing  muda 
itu  tadi  sering 
menghidu-hidu  motorku  dan 
berbaring  berdekatan,  tandanya,
Ia  tahu, 
akulah  tuan  motor 
itu  dan  sangat 
sayang  padaku  barangkali.
            Aku 
kadang-kadang  terpegun;  ia 
tidak  akan  terlalu 
dekat  merapati  ku, 
seolah-olah  ia  tahu,
aku  tidak 
boleh  menyentuhnya..
            Ada 
sekali,  aku  bagi 
berger  kat  dia.  
Esuk  dia mintak  lagi. 
Dia  semakin  rapat 
dan  jinak  padaku.  
Tapi  bila  aku 
berpura-pura  hendak  menyentuhnya, 
dia  akan menjarakkan  diri 
sedikit.
Ada  perasaan 
gerunnya  sedikit  padaku. 
            Bila  dia 
tahu  aku  hendak 
bergerak  ke sekolah [tengahari],  ia 
akan  mengiringi  motorku, 
kemudian berlari-lari  anak  mengejar 
motorku  sekira-kira  sejauh 
50 meter.  Waktu  balik, 
sekiranya  dia sedar aku  berada 
di kawasan  itu,  dia 
akan merapatiku,  acah-acah  pada ku. 
Bila  aku  menutup 
pintu,  dia  akan 
tidur  berhampiran  motorku 
seolah-olah  menjaga  barang 
yang  amat  disayanginya.
Jiwa ku  tersentuh.  
Begitulah  tabiatnya  setiap 
hari.
             Bila  aku 
lepak  kat  kedai 
satu hari ,  anjing  ni  mengikutku.  Bila 
aku  berdiri,  dia 
akan cuba
mengelilingiku,  kemudian 
tunduk,  bagaikan  mahu 
menerima  arahan  dariku. 
Seorang  jaga  sekolah
berteriak,”
Waa,…..  itu  anjing 
sangat  sayang  sama 
awak…”
             2 
minggu  berlalu…
              Satu  hari, 
aku  sedar,  kelibatnya 
tak  kelihatan  dalam 
3  hari.  “Aik! 
Mana perginya?”
Lalu  ku 
tanya  penjaga  bengkel 
tersebut.   Luluh  hatiku, 
bila  mengetahui,  ianya 
telah  mati
Eksiden…    2 
hari,  aku  tidak 
dapat  menerima  takdir 
itu….. Dan baru ku tahu, anjing itu  bukan
milik bengkel itu, tetapi hanya anjing jalanan yg menumpangg.....
Cerita ini aku dedikasikan kepada Anjing Coklat itu.
Tarikh; sekitar bulan Ramadzan/ Ogos 2012
Lokasi; Jalan Labrooy , Ipoh. [ kat Restoran JJ Ali tu le! ]
milik bengkel itu, tetapi hanya anjing jalanan yg menumpangg.....
Cerita ini aku dedikasikan kepada Anjing Coklat itu.
Tarikh; sekitar bulan Ramadzan/ Ogos 2012
Lokasi; Jalan Labrooy , Ipoh. [ kat Restoran JJ Ali tu le! ]

Muslims are prohibited to touch
BalasPadama dog, that why the story became
dramatic!