Aku  bersama-sama beberapa  orang 
guru  di salah  sebuah 
sekolah di daerah  Manjung 
mengiringi 
rombongan  para  pelajar ke Genting  Highland. 
 Peristiwa 
ini  berlaku  kira-kira 
11  tahun  yang 
lalu  ketika  aku bertugas di daerah  tersebut.                     
           Salah  satu 
tempat  menarik  yang 
ingin  dilawati dan dinikmati
ialah  kereta  kabel. 
           Pada 
waktu  itu,  cuaca 
agak  lembab dan angin  bertiup 
sepoi-sepoi.  Jam  kira-kira 
pukul 3  petang.  Terpancar 
riang  gembira  disetiap 
orang  ketika  itu. 
Setelah selesai  berurusan  di kaunter tiket,  kami  bergerak
berbaris  menunggu  giliran 
untuk  melangkah masuk ke dalam
koc-koc  kable  tersebut.  
            
Bersamaku,  beberapa  orang 
kumpulan  pelajar lelaki  dan 
perempuan  dalam  satu koc 
itu.
[ Seingat  aku  mungkin 
berusia  di bawah 15 tahun].  Guru-guru 
yang  lain,  bersama 
kumpulan
pelajar  yang  lain.
          Kable  mula 
bergerak  perlahan.  Bila 
kereta  kable  bergerak 
ke aras lebih  tinggi,…. Wah,  seronok rasanya,  nyaman, pemandangan di bawah dan yang  se paras, 
indah,  cukup  indah.  Pemandangan 
gunug-ganang,  hutan tebal,  kabus, 
deruan  angin,  memang 
sukar  digambarkan  dengan 
kata-kata.  Cuaca  memang 
sejuk.  Kadang-kadang  perasaan 
gayat  dan  seriau 
pun  ada.  Maklumlah kami  berada 
kira- kira  150  meter 
dari  paras  laut. 
          
Sedang  kami  leka 
dibuai  realiti  dan 
fantasi,  angin  kami 
rasakan  menderu  agak 
kencang.
Makin  lama,  makin 
kencang.   Ini  membuatkan 
koc-koc  itu  terbuai-buai, 
olang-aling  ke kiri
dan  ke kanan.  Fullamak,…menyirap darah  ku…Dan 
bagai nak  pecah  jantungku. 
Bayangkanlah,  kalau
tertanggal 
skru  “joining-cable”  atas tu.
   Kami 
dapat  rasakan ada sesuatu  yang 
tidak  kena.  Keadaan 
dalam  koc  terasa 
tension.  Pelajar  yang 
riang,  bertukar cemas.  Senyap sunyi. 
Hujan  mula  turun. 
Angin  menderu kencang. 
          Yaa…
memang  ada  sesuatu 
yang  akan  berlaku. 
 Kereta  kabel 
itu  itu  tiba-tiba 
terhenti.  Masih
terbuai-buai  ke
kiri  dan 
ke kanan.  Waduh!  Kenapa 
ini  berlaku  pada ku! 
           Tiba-
tiba  seorang  pelajar 
perempuan,  bagaikan  diserang 
histeria,  lalu  menjerit 
menangis,
“Saya Tidak Mau Mati ......Ustadzzzzz....!!!”.   Aku 
cuba  menenangkan  keadaan; 
Aku  cakap,”Diam
semua!  Jangan  bergerak!” 
Bagi  mengurangkan  ayunan 
dan  bebanan koc  tersebut.
          
Keadaan  yang  cemas 
itu  berlaku  kira-kira 
6-7 minit.  Hujan  mula 
berhenti.  Keadaan  masih
dingin.   Bila  cuaca 
pulih,  kereta  tersebut 
bergerak  kembali  meneruskan 
perjalanan ke puncak
gunung.   Legaaa 
kami  semua.
        Aku  baru 
terperasan,  di sebelah  kanan ku, 
adalah  juruteknik  kereta 
kebal  tersebut.  Barang-
kali,  gelihati  melihat 
insiden  tesebut. 
 Ooo  rupanya, 
sistem kereta  kabel  tersebut 
akan  terhenti sekiranya  cuaca 
buruk.

