Assala Muaalaikum

Assala Muaalaikum.. .And Peace Be Upon U, Thank For Visiting This Site


Assalamu Alaikum Dan Salam Sejahtera......SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU......Jangan Lupa SOP KeNDIRI ...



Terima Kasih, sudi mengunjungi site ini..

Isnin, 15 Oktober 2012

Siapa itu!.....


Siapa  itu!.....



Selalu  aku  terlihat  kelibat kaki  kanak- kanak  kecil  yg  bergerak  untuk  menyorok  bila  aku  toleh  ke belakang.  Seolah-olah  ‘dia’  sudah  lama  mengendap  aku  dari  balik  dinding  pintu.
Misteri  ini  kerap  ku  alami  ketika  usia  ku  kira-kira  10  tahun.
     Begitu  juga  seolah-olah  ada  kelibat  kepala  yang  cuba  bersembunyi  di sebalik  dinding,  setelah  mengintaiku.  Kejadian  ini  sering  berlaku  di sekolah  ketika  aku  berseorangan, seperti ketika  aku  hendak  ke tandas.  Ketika  itu,  aku  masih  bersekolah  rendah  di Ipoh.
    He..he..  Namun  semua  itu  tidaklah  menggerunkanku.
    Suatu  petang,  setelah  tamat  waktu  sekolah,  ketika  aku  sedang  bermain  dengan  kengkawan,  bila aku  toleh  ke belakang,  sebiji  kepala  berwarna  hitam  sebesar  talam  terdedah  di belakang  pokok  kira-kira  2  saat,  memerhatikanku.
    Terperanjat,  berdegup  jantungku,  bila  terlihat  kepala  hitam  tersebut.  Menyirap  habis  darahku.
    Semenjak  dari  itu,  aku  tidak  berani  bermain  di bawah  pokok  itu  lagi.

Jumaat, 28 September 2012

“Saya Tidak Mau Mati ......Ustadzzzzz....!!!”


“Saya Tidak Mau Mati ......Ustadzzzzz....!!!”

          Aku  bersama-sama beberapa  orang  guru  di salah  sebuah  sekolah di daerah  Manjung
mengiringi  rombongan  para  pelajar ke Genting  Highland.
 Peristiwa  ini  berlaku  kira-kira  11  tahun  yang  lalu  ketika  aku bertugas di daerah  tersebut.                    

           Salah  satu  tempat  menarik  yang  ingin  dilawati dan dinikmati ialah  kereta  kabel. 
           Pada  waktu  itu,  cuaca  agak  lembab dan angin  bertiup  sepoi-sepoi.  Jam  kira-kira  pukul 3  petang.  Terpancar  riang  gembira  disetiap  orang  ketika  itu.  Setelah selesai  berurusan  di kaunter tiket,  kami  bergerak berbaris  menunggu  giliran  untuk  melangkah masuk ke dalam koc-koc  kable  tersebut.  
             Bersamaku,  beberapa  orang  kumpulan  pelajar lelaki  dan  perempuan  dalam  satu koc  itu.
[ Seingat  aku  mungkin  berusia  di bawah 15 tahun].  Guru-guru  yang  lain,  bersama  kumpulan
pelajar  yang  lain.

          Kable  mula  bergerak  perlahan.  Bila  kereta  kable  bergerak  ke aras lebih  tinggi,…. Wah,  seronok rasanya,  nyaman, pemandangan di bawah dan yang  se paras,  indah,  cukup  indah.  Pemandangan  gunug-ganang,  hutan tebal,  kabus,  deruan  angin,  memang  sukar  digambarkan  dengan  kata-kata.  Cuaca  memang  sejuk.  Kadang-kadang  perasaan  gayat  dan  seriau  pun  ada.  Maklumlah kami  berada  kira- kira  150  meter  dari  paras  laut.

           Sedang  kami  leka  dibuai  realiti  dan  fantasi,  angin  kami  rasakan  menderu  agak  kencang.
Makin  lama,  makin  kencang.   Ini  membuatkan  koc-koc  itu  terbuai-buai,  olang-aling  ke kiri
dan  ke kanan.  Fullamak,…menyirap darah  ku…Dan  bagai nak  pecah  jantungku.  Bayangkanlah,  kalau
tertanggal  skru  “joining-cable”  atas tu.
   Kami  dapat  rasakan ada sesuatu  yang  tidak  kena.  Keadaan  dalam  koc  terasa  tension.  Pelajar  yang  riang,  bertukar cemas.  Senyap sunyi.  Hujan  mula  turun.  Angin  menderu kencang.
   
          Yaa… memang  ada  sesuatu  yang  akan  berlaku.   Kereta  kabel  itu  itu  tiba-tiba  terhenti.  Masih
terbuai-buai  ke kiri  dan  ke kanan.  Waduh!  Kenapa  ini  berlaku  pada ku!

           Tiba- tiba  seorang  pelajar  perempuan,  bagaikan  diserang  histeria,  lalu  menjerit  menangis,
“Saya Tidak Mau Mati ......Ustadzzzzz....!!!”.   Aku  cuba  menenangkan  keadaan;  Aku  cakap,”Diam
semua!  Jangan  bergerak!”  Bagi  mengurangkan  ayunan  dan  bebanan koc  tersebut.
 
           Keadaan  yang  cemas  itu  berlaku  kira-kira  6-7 minit.  Hujan  mula  berhenti.  Keadaan  masih
dingin.   Bila  cuaca  pulih,  kereta  tersebut  bergerak  kembali  meneruskan  perjalanan ke puncak
gunung.   Legaaa  kami  semua.

        Aku  baru  terperasan,  di sebelah  kanan ku,  adalah  juruteknik  kereta  kebal  tersebut.  Barang-
kali,  gelihati  melihat  insiden  tesebut.
 Ooo  rupanya,  sistem kereta  kabel  tersebut  akan  terhenti sekiranya  cuaca  buruk.






 


           
   


Rabu, 26 September 2012

Selamat Jalan Temanku, Semuga Kau Berbahagia Di sana ….


Selamat  Jalan  Temanku,  Semuga  Kau  Berbahagia  Di sana ….

           Di kawasan tempat tinggal ku, terdapat bengkel-bengkel kereta.  Beberapa  ekor  anjing
dipelihara  untuk  menjaga bengkel-bengkel  tersebut.  Anjing- anjing tu  memang dedikasi.
Namun,  ada seekor anjing yang  menarik  perhatianku. 

            Entah  macamana,  anjing ni begitu  jinak  padaku.  Saiznya  kecil  sedikit  dari  yang  lain.
Lebih  muda.  Ia  seekor  anjing  betina. 

             Sering  kali  ia cuba  merapati ku..[nak  bermanja le tu].  Aku  selalu halaunya  jauh  sedikit.
Kadang  ia  lari  ke sana ke mari  dan mula  merapati  ku  kembali. 

             Anjing-anjing di kawasan tersebut  memang  menjaga  harta  benda  di situ  termasuklah 
motorku..Mereka  akan menyalak bersahutan  sekiranya  terdapat  orang  dianggap  asing  melalui
kawasan tersebut.

            Anjing  muda  itu  tadi  sering  menghidu-hidu  motorku  dan  berbaring  berdekatan,  tandanya,
Ia  tahu,  akulah  tuan  motor  itu  dan  sangat  sayang  padaku  barangkali.

            Aku  kadang-kadang  terpegun;  ia  tidak  akan  terlalu  dekat  merapati  ku,  seolah-olah  ia  tahu,
aku  tidak  boleh  menyentuhnya..
         
            Ada  sekali,  aku  bagi  berger  kat  dia.   Esuk  dia mintak  lagi.  Dia  semakin  rapat  dan  jinak  padaku.   Tapi  bila  aku  berpura-pura  hendak  menyentuhnya,  dia  akan menjarakkan  diri  sedikit.
Ada  perasaan  gerunnya  sedikit  padaku. 

            Bila  dia  tahu  aku  hendak  bergerak  ke sekolah [tengahari],  ia  akan  mengiringi  motorku,  kemudian berlari-lari  anak  mengejar  motorku  sekira-kira  sejauh  50 meter.  Waktu  balik,  sekiranya  dia sedar aku  berada  di kawasan  itu,  dia  akan merapatiku,  acah-acah  pada ku.  Bila  aku  menutup  pintu,  dia  akan  tidur  berhampiran  motorku  seolah-olah  menjaga  barang  yang  amat  disayanginya.
Jiwa ku  tersentuh.   Begitulah  tabiatnya  setiap  hari.

             Bila  aku  lepak  kat  kedai  satu hari ,  anjing  ni  mengikutku.  Bila  aku  berdiri,  dia  akan cuba
mengelilingiku,  kemudian  tunduk,  bagaikan  mahu  menerima  arahan  dariku.  Seorang  jaga  sekolah
berteriak,” Waa,…..  itu  anjing  sangat  sayang  sama  awak…”

             2  minggu  berlalu…

              Satu  hari,  aku  sedar,  kelibatnya  tak  kelihatan  dalam  3  hari.  “Aik!  Mana perginya?”
Lalu  ku  tanya  penjaga  bengkel  tersebut.   Luluh  hatiku,  bila  mengetahui,  ianya  telah  mati
Eksiden…    2  hari,  aku  tidak  dapat  menerima  takdir  itu….. Dan baru ku tahu, anjing itu  bukan
milik bengkel itu,  tetapi hanya anjing jalanan yg menumpangg.....


    Cerita  ini  aku  dedikasikan  kepada  Anjing Coklat itu.

    Tarikh;  sekitar  bulan  Ramadzan/ Ogos 2012

    Lokasi; Jalan Labrooy , Ipoh. [ kat Restoran JJ Ali tu le! ]