KU HARIZ FARHAN KU AZMAN | 22 Julai 2014.
KEBANGSATAN
 dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di Palestin semenjak 66 
tahun lalu masih berterusan hingga ke hari ini. Terbaharu, umat Islam di
 Gaza diserang bertubi-tubi oleh rejim bacul ini ketika baru sahaja 
menyambut kedatangan Ramadhan 1435 H.
Dilaporkan jumlah 
kematian setakat hari ke-11 pertempuran, melebih angka 200 jiwa manakala
 ribuan yang lain mengalami kecederaan. Namun, rejim Zionis sedikitpun 
tidak merasa bersalah atas jenayah yang mereka lakukan ini malah 
mendabik dada mengaku bahawa mereka adalah pihak yang ‘mempertahankan 
diri’ sementara pihak Palestin dituduh sebagai pihak yang ‘menyerang’.
Ini
 dapat dilihat dalam kebanyakan laporan media barat dan Zionis yang 
rata-rata meletakkan kondisi sebegitu rupa. Masyarakat dunia dan umat 
Islam khususnya berasa jelik dengan permainan kotor mereka.
Mengapakah
 tiada rasa penyesalan dalam diri mereka apabila menyerang rakyat 
Palestin yang tidak berdosa ini? Adakah kerana mereka ini digolongkan 
sebagai ‘bangsa yang dipilih tuhan’ menyebabkan mereka berasa lebih 
mulia dari bangsa lain dan menjadi tiket untuk menindas bangsa lain yang
 dianggap sebagai ‘goyem’ atau binatang? Kita perlu mengkaji latar 
belakang sejarah bangsa mereka bagi mencari sebab musabab yang 
mempengaruhi tabiat dan sifat mereka pada hari ini.
Asal usul kaum Yahudi
Bangsa
 ini berasal dari keturunan yang bukan sembarangan. Mereka berasal 
daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. yang turut dikenali sebagai 
‘bapa-bapa sekalian nabi’. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang Isteri dan 
melalui kedua-dua lahir para nabi. Melalui isterinya Sarah a.s. lahirkan
 Nabi Ishak a.s.
Melalui Nabi Ishak a.s., lahir Nabi 
Yaakub a.s. dan daripada baginda lahir para nabi yang diturunkan kepada 
Bani Israel seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi 
Sulaiman, Nabi Yahya, Nabi Zakaria dan Nabi Isa a.s.
Sementara
 melalui isterinya siti Hajar pula lahir Nabi Ismail a.s., dan melalui 
Nabi Ismail lahir seorang sahaja nabi iaitu Nabi Muhammad SAW.
Nabi Yaakub dikurniakan seramai 12 orang anak, iaitu:
1.    Rubin
2.    Simeon (Sham’un)
3.    Levi
4.    Yahuza (Yahuda)
5.    Zebulaon
6.    Isakhar
7.    Dann
8.    Gad
9.    Aser
10.    Naftali
11.    Yusuf
12.    Benjamin (Bunyamin)
Sebagaimana yang dikhabarkan dalam surah Yusuf, ayat 4:
“Ketika
 Nabi Yusuf a.s. menyatakan kepada ayah baginda, iaitu Nabi Yaakub a.s.:
 Wahai ayahanda, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas butir 
bintang, matahari dan bulan. Aku melihat semua ini sujud kepadaku.”
Melalui
 keturunan Levi, diutuskan Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Ilyas dan Nabi 
Ilyasa. Manakala Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan 
Nabi Isa diutuskan melalui keturunan Yahuda dan hanya seorang nabi 
diutuskan melalui keturunan Benjamin, iaitu Nabi Yunus a.s. Bangsa 
Yahudi dipercayai lahir dari keturunan Yahuza, iaitu abang kepada Nabi 
Yusuf a.s.
Jikalau diselidiki, Bani Israel diberi banyak 
kelebihan oleh Allah ke atas mereka seperti diutuskan para nabi dan 
rasul, diberi kelebihan berbanding umat lain di alam ini dan dikurniakan
 pelbagai nikmat sepeti hidangan al manna dan as salwa. Namun mereka 
tidak bersyukur di atas kurniaan tersebut malah bertindak dengan 
melakukan kemungkaran terhadap ajaran Allah. Jikalau kaum ‘Aad dan 
Thamud dibinasakan terus dari muka bumi akibat keingkaran mereka tehadap
 ajaran Allah, kaum Bani Israel tidak menerima nasib yang sama seperti 
mereka malah dilepaskan daripada segala azab dan ujian yang menimpa 
mereka .Walau bagaimanapun, selepas setiap kali dibebaskan daripada 
ujian mereka kembali engkar dan kufur terhadap janji yang mereka 
ikrarkan kepada Allah dan para nabi mereka.
Nabi Musa mengemudi Bani Israel
Ketika
 Nabi Yusuf a.s. menjadi pembesar di Mesir, jumlah kaum Bani Israel 
telah berkembang dengan banyaknya dan mereka hidup dalam keadaan aman 
sehinggalah mereka menjadi lalai dan melupakan ajaran Allah dan kembali 
menyekutukan-Nya. Lalu Allah menurunkan bala dan menjadikan kaum ini 
sebagai hamba ketika zaman pemerintahan Firaun.
Setelah 
itu, Allah mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk memimpin Bani Israel agar 
kembali mengesakan-Nya dan baginda ditugaskan oleh Allah untuk 
menyelamatkan kaumnya daripada kezaliman Firaun. Akhirnya baginda 
berjaya membawa keluar kaumnya dari Mesir dengan menyeberangi Laut 
Merah. Peristiwa ini telah dikisahkan dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan
 (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut untuk kamu lalui (kerana 
melarikan diri daripada angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan 
Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua 
menyaksikannya.” (Surah Al Baqarah, ayat 50)
Setelah 
diselamatkan dari kekejaman Firaun, baginda dan kaumnya menerima 
perintah daripada Allah untuk memasuki bumi Kanaan (Palestin) di mana 
mereka diarahkan untuk memerangi sebuah kaum yang kuat di sana.
“Mereka
 berkata: Hai Musa, kami sesekali tidak akan memasukinya selama-lamanya 
selagi mereka ada di dalamnya. Kerana itu, pergilah kamu bersama 
Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk 
menanti di sini sahaja.”(Surah al-Maidah,ayat 21)
Keengganan
 mereka terhadap perintah tersebut menyebabkan kaum Bani Israel dihukum 
dengan disesatkan di Padang Pasir Teh selama 40 tahun. Ketika tempoh 
tersebut, baginda dan saudaranya iaitu Nabi Harun a.s. telah wafat dan 
Allah telah mengutuskan Yusha’ bin Nun untuk mengelapai kaum Bani 
Israel.
Akhirnya mereka berjaya memasuki dan menawan bumi 
Kanaan dan bermulalah penguasaan mereka ke atas tanah Kanaan dengan 
terbentuknya Kerajaan Bani Israel. Tidak beberapa lama selepas itu 
Yusha’ bin Nun wafat dan mereka kembali mensyirikkan dan mengingkari 
ajaran Allah. Natijah daripada perbuatan mereka itu menyebabkan turunnya
 bala dan kesusahan oleh Allah melalui penjajahan oleh kaum Madyan yang 
dipimpin oleh Jalut dan para tenteranya.
Bani Israel dipimpin Nabi Daud
Kemudiannya
 Allah membangkitkan Nabi Daud dan Talut bagi menewaskan Jalut dan 
tenteranya.Setelah berjaya menewaskan Jalut, baginda memimpin Bani 
Israel untuk kembali memasuki bumi Kanaan dan menetap di sana. Baginda 
telah menjadi pemerintah buat Bani Israel berpandukan kitab Zabur. Kisah
 mereka diberitakan dalam al-Quran melalui surah Baqarah, ayat 249 
hingga 251.
Apabila Nabi Daud wafat, putera baginda iaitu 
Nabi Sulaiman mengambil alih tampuk kepimpinan Bani Israel dan baginda 
memerintah kaumnya berpandukan kitab Taurat dan juga Zabur. Ketika itu 
Bani Israel berada di zaman kemuncaknya.
Sejarah 
pemerintahan Bani Israel di bumi Kanaan dapat dibahagikan kepada tiga 
fasa.Fasa pertama atau fasa awal dikenali sebagai Zaman Kehakiman yang 
berlanjutan selama 400 tahun dan dipimpin oleh seorang hakim yang 
bersilih ganti dan bertanggungjawab memutuskan hal-hal kemasyarakatan 
mereka.
Fasa kedua pula dinamai sebagai Zaman Beraja di 
mana raja-raja telah bertanggungjawab memimpin Bani Israel. Raja-raja 
ini terdiri daripada pesuruh Allah dan para nabi yang memimpin kaum 
mereka berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Antara mereka termasuklah 
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman yang menjadi raja Bani Israel yang terkenal.
 Ketika itu Bani Israel berada di ambang kemuncak kegemilangan mereka.
Nabi
 Sulaiman memegang tampuk pemerintahan selama 40 tahun. Ketika zaman 
pemerintahan baginda, sebuah rumah ibadat kepada Allah telah dibina 
iaitu Haikal Sulaiman.
Fasa terakhir dalam sejarah 
penguasaan Bani Israel di Kanaan dikenali sebagai Zaman Perpecahan - 
berlaku setelah kewafatan Nabi Sulaiman yang menyebabkan terjadinya 
perebutan kuasa antara Yarbi’an bin Nabath dengan Rahbian. Perselisihan 
tersebut mengakibatkan wilayah Bani Israel terbahagi kepada dua; wilayah
 selatan yang dinamakan Yahuza dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara 
dan dipimpin oleh Rahbian .Wilayah kedua ialah wilayah utara yang 
dipimpin oleh Yarbi’an beserta sepuluh lagi suku Bani Israel dengan 
Nablus atau Samarria sebagai ibu kota.
Zaman penindasan Bani Israel
Tidak
 berapa lama kemudian iaitu pada tahun 722 Sebelum Masihi, pemerintahan 
Bani Israel di Kanaan telah dijajah oleh bangsa Assyria yang dikepalai 
oleh rajanya yang bernama Sarjun. Ramai penduduk berbangsa Bani Israel 
ditawan dan dibawa pulang ke Assyria. Sejak itu, nasib sepuluh kaum Bani
 Israel ini tidak dapat diketahui dan hilang. Wilayah Yahuza pula telah 
ditawan oleh puak Fira’unah pada tahun 603 SM. Akibat kejatuhan 
kedua-dua pemerintahan Bani Israel ini, ramai kaum Bani Israel yang 
telah dibunuh dan ditawan. Sebahagian lagi lari bertaburan menyelamatkan
 diri ke wilayah-wilayah lain.
Pada tahun 586 SM, kerajaan
 Babilon yang diketuai oleh Nebuchadnezzar atau Bukhtansar telah 
bertindak menawan bumi Kanaan. Baginda turut mengusir puak Fira’unah dan
 telah menghancurkan negara Yahuza. Semua rakyat berketurunan Bani 
Israel ditawan dan dibawa ke Babilon. Ramai daripada mereka yang dibunuh
 dan sebahagian lagi dijadikan hamba abdi dan menurut ahli sejarah, 
antara yang ditawan oleh Raja Bukhtansar termasuklah Nabi Daniel.
Kekuasaan
 Empayar Babilon tidak bertahan lama. Kota Babilon telah ditakluk oleh 
seorang raja Parsi yang bernama Cyrus pada tahun 538 SM. Baginda telah 
bertindak dengan membebaskan kaum Bani Israel daripada perhambaan dan 
kezaliman kaum Babilon. Mereka kembali ke Kanaan dan memulakan kehidupan
 di sana. Bahkan Raja Cyrus turut membina semua Haikal Sulaiman yang 
telah dibina semasa pemerintahan Nabi Sulaiman.
Walau 
bagaimanapun, keadaan ini tidak berkekalan apabila orang Rom melakukan 
penaklukan terhadap kaum Bani Israel pada tahun 136 SM. Kaum Bani Israel
 cuba memberontak dan menentang Kerajaan Rom tetapi mereka dikalahkan 
oleh Raja Rom yang bernama Adryan. Kanaan telah ditawan mengakibatkan 
Bani Israel terpaksa melarikan diri dan hidup di merata tempat dan 
keadaan berpecah belah.
Nabi Isa penerus legasi risalah Tauhid
Tidak
 lama kemudian, Allah telah mengutuskan Nabi Isa sebagai rasul kepada 
Bani Israel, bertujuan membawa mereka yang hidup dalam kesesatan ke 
jalan yang benar.
Baginda telah mencela perbuatan kaum 
Bani Israel terutama para rahib atau pendetanya kerana mereka 
mensyirikkan Allah dan tergelincir dari landasan ajaran Allah yang 
sebenar iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Daud melalui 
kitab Taurat dan Zabur. Setelah dihasut oleh tukang-tukang tenung dan 
ahli sihir, para rahib Yahudi telah berpakat untuk pergi menemui 
Maharaja Rom. Mereka telah membuat fitnah terhadap Nabi Isa menyebabkan 
Maharaja Rom mengelurkan arahan agar Nabi Isa ditangkap dan dibunuh.
Namun,
 Allah telah mengangkat baginda ke langit dan tentera Rom telah 
menangkap salah seorang daripada rahib Yahudi yang telah diserupakan 
mukanya dengan Nabi Isa menyebabkan timbulnya dakwaan bahawa baginda 
telah mati disalib.
Penjajahan kuasa Rom ke atas bumi 
Kanaan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 136 SM dan sekali lagi
 pada tahun 70 Masihi. Ia merupakan babak-babak terakhir dalam sejarah 
pemerintahan Bani Israel di bumi Kanaan. Setelah itu, Bani Israel diusir
 keluar dari bumi Kanaan dan diharamkan daripada memasuki bumi tersebut.
 Sesiapa di antara mereka yang berusaha untuk memasukinya pasti akan 
berhadapan dengan hukuman bunuh dan bermulalah era kehidupan kaum Bani 
Israel atau bangsa Yahudi yang tidak memiliki sebuah negara sendiri 
sehinggala penubuhan negara Israel pada tahun 1948.
Kaum Yahudi pada zaman Nabi Muhammad SAW
Apabila
 baginda diutuskan di Makkah dan berhjrah ke Madinah sekitar tahun 
622-623 Masihi, terdapat tiga suku kaum orang Yahudi yang tinggal di 
situ. Mereka adalah keturunan Yahudi yang lari menyelamatkan diri akibat
 penaklukan Baitulmuqaddis pada tahun 70 Masihi. Suku kaum tersebut 
adalah Bani Qainuqa, Bani Nadhir dan Bani Quraizah.
Bapak 
borek, anak rintik. Begitu juga dengan ketiga-tiga suku ini. Mereka 
masih mewarisi sikap buruk nenek moyang mereka sejak zaman Nabi Musa 
hinggalah ke zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Mereka terdiri daripada 
kaum yang sombong, bongkak, menganggap mereka kaum yang istimewa, lebih 
mulia dan cerdik daripada penduduk setempat. Mereka memonopoli keadaan 
ekonomi di Madinah pada waktu itu. Mereka juga cuba mendominasi keadaan 
politik dengan melaga-lagakan dua suku Arab yang utama iaitu suku Aus 
dan suku Khazraj.
Apabila Rasulullah datang ke Madinah, 
ramai para pembesar suku Aus dan Khazraj memeluk agama Islam. Kedua-dua 
kaum tersebut kemudian dipersatukan dan dikenali sebagai Ansar. Baginda 
kemudiannya telah bertindak menggubal Perlembagaan Madinah yakni 
ketiga-tiga suku kaum Yahudi telah menandatanganinya dan berjanji untuk 
menerima Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin negara.
Kehadiran
 baginda di Madinah dengan membawa ajaran Islam serta kejayaannya 
menyatukan suku kaum Aus dan Khazraj amat tidak disenangi oleh 
ketiga-tiga suku Yahudi tersebut.Mereka tidak senang melihat perdamaian 
yang terjalin antara suku Aus dan Khazraj malah tidak senang dengan 
peraturan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW terutamanya larangan 
riba dan menipu dalam perniagaan.
Tidak cukup dengan itu, 
mereka mula merancang untuk melemahkan kekuatan umat Islam di Madinah 
seperti memonopoli ekonomi Madinah, membangkitkan permusuhan sesama 
orang Islam terutamanya dalam kalangan suku Aus dan Khazraj dan kemuncak
 kepada perlakuan jahat mereka ialah apabila mereka mengacau seorang 
wanita Islam yang pergi ke pasar pada suatu hari sehingga menyebabkan 
aurat wanita tersebut terbuka. Seorang lelaki Islam yang melihat 
kejadian tersebut segera masuk campur dan cuba mencegah perbuatan kaum 
Yahudi Bani Qainuqa itu menyebabkan berlakunya pergaduhan. Dalam insiden
 tersebut, lelaki Islam tersebut terbunuh.
Baginda telah 
bertindak memimpin tentera Islam menuju ke perkampungan Bani Qainuqa, 
belum sempat pertempuran meletus, mereka telah keluar menyerah diri dan 
berjanji akan keluar dari Madinah. Orang Yahudi Bani Qainuqa ini 
akhirnya berpindah ke sempadan Syria. Hal yang sama berlaku terhadap 
Yahudi Bani Nadhir yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, 
akhirnya mereka telah diserang dan diusir dari Madinah.
Penindasan demi penindasan yang dialami oleh Yahudi
Semasa
 berlakunya Perang Salib iaitu di antara kurun ke-11 hingga kurun ke-13,
 ramai orang Yahudi yang telah dibunuh. Pada tahun 1215, Majlis Gereja 
Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda 
pengenalan. Pada tahun 1220, Raja Edward 1 iaitu Raja England ketika itu
 telah bertindak mengeluarkan perintah menghalau orang Yahudi dari bumi 
England. Perkara yang sama turut dilakukan oleh raja Perancis iaitu Raja
 Charles IV.
Pada abad ke-14 telah merebaknya satu wabak 
penyakit yang dikenali sebagai “Black Death” di Eropah. 
Akibatnya,beratus-ratus ribu orang penduduk Eropah telah mati. Ketika 
itu pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang Yahudi menjadi seperti
 satu kebiasaan. Raja Sepanyol telah bertindak menghalau keluar orang 
Yahudi dari negara mereka iaitu pada tahun 1492. Ini diikuti oleh Raja 
Portugal yang turut menghalau mereka pada tahun 1497.
Akibatnya
 orang Yahudi hidup merempat kerana mereka tidak diterima oleh mana-mana
 negara ketika itu. Empayar Uthmaniah mula menonjolkan kekuasannya. 
Orang Yahudi telah diterima untuk tinggal di Turki dan negara-negara 
Islam yang terletak di bawah kekuasannya. Mereka dilayan dengan baik 
tetapi dikehendaki membayar jizyah atau cukai perlindungan diri.
Di
 negara-negara Eropah Timur, orang Yahudi mengalami nasib yang lebih 
buruk. Sebagai contoh, pada tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta 
orang Yahudi di Poland. Tidak berapa lama kemudian iaitu sekitar tahun 
1648 hingga 1658, sebahagian besar daripada mereka telah dibunuh dan 
harta benda mereka dirampas sementara kediaman mereka dimusnahkan. 
Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan atau wilayah di bawah 
kekuasaan Rusia antara tahun 1772 hingga 1796, orang Yahudi yang masih 
ramai tinggal di negara tersebut mendapat tekanan yang hebat. Mereka 
hilang hak-hak berniaga serta menuntut ilmu.
Selain itu, 
mereka juga tidak dibenarkan untuk tinggal di luar tempat-tempat yang 
tertentu, sesuatu yang menyamai amalan apartheid. Bahkan mereka menerima
 nasib yang lebih teruk daripada itu apabila Kerajaan Rusia telah 
bertindak membiayai pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai. Salah 
satu daripadanya ialah membabitkan peristiwa yang berlaku dalam tahun 
1881, iaitu orang Yahudi telah dibunuh beramai-ramai akibat pembunuhan 
yang berlaku ke atas Czar Alexander II.
Semuanya ini bukan
 semata-mata kerana kejahatan para pemerintah kerajaan Eropah tersebut, 
tetapi sebab-sebab serta kejadian yang menimpa orang Yahudi ketika itu 
adalah berpunca daripada kejahatan serta sikap buruk yang diamalkan oleh
 mereka. Orang Yahudi pada abad ke-17 dan 18 tersebut tidak dapat 
melepaskan diri mereka daripada perlakuan buruk nenek moyang mereka 
sejak zaman Nabi Musa. Mereka masih tetap melakukan perbuatan dan 
amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran yang terdapat dalam kitab 
Taurat.
Tidak semua Yahudi mendokong negara haram Israel
Terdapat
 beberapa golongan dan kumpulan dalam komuniti Yahudi sendiri yang tidak
 sehaluan dalam merestui penubuhan negara Israel. Salah satu kumpulan 
tersebut adalah Neturei Karta. Ia merupakan sebuah pertubuhan ultra 
Ortodoks Yahudi yang diketuai oleh beberapa orang pendeta atau rabbi 
Yahudi yang menentang penubuhan negara Israel. Pertubuhan ini bermula 
pada abad ke-18 yang dipimpin oleh Rabbi Yisroel Ben Eliezer. Pertubuhan
 ini menggelarkan diri mereka sebagai Perserikatan Yahudi Penentang 
Zionis dan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1935.
Neturei
 Karta adalah perkataan dalam bahasa Yunani kuno yang membawa maksud 
“Penjaga Kota”. Gelaran ini berkait rapat dengan perjuangan mereka yang 
mendakwa bahawa mereka berpegang teguh dengan ajaran kitab Taurat dan 
bertanggungjawab menjaga kesucian kota Baitulmuqaddis yang bakal menjadi
 ibu kota Yahudi yang sebenarnya. Mereka menganggap bahawa negara Israel
 sekarang bukanlah sebuah negara Yahudi yang dijanjikan oleh Allah dalam
 kitab Taurat.
Mereka bahkan mendesak negara Israel 
sekarang dibubarkan dan mengecam pemerintahan negara Israel sekarang 
kerana penubuhannya adalah bertentangan dengan ajaran Yahudi sebenar 
iaitu seperti yang tercatat dalam kitab Taurat. Mereka mengecam 
penubuhan negara Israel yang ditubuhkan di atas darah rakyat Palestin.
Menurut
 kepercayaan para pengikut Neturei Karta, mereka percaya bahawa 
pengusiran kaum Yahudi dari bumi Palestin adalah satu ketentuan dan 
takdir daripada Allah. Mereka percaya bahawa kaum Yahudi terpaksa terus 
menjalani hukuman yang ditimpakan Allah kepada mereka yang menyebabkan 
mereka terusir dari bumi Palestin sejak 2,000 tahun yang lalu dan 
sehingga kini gagal mempunyai sebuah negara sendiri.
Keyakinan
 mereka bahawa apa yang dialami oleh kaum Yahudi termasuk pengusiran 
dari bumi Palestin serta kezaliman yang berlaku dan menimpa mereka 
termasuklah peristiwa holokos atau pembunuhan beramai-ramai di Jerman 
sebenarnya adalah satu hukuman daripada Allah terhadap bangsa Yahudi. 
Hal ini kerana mereka sedar sedar dan tahu bahawa bangsa Yahudi telah 
banyak berbuat onar dan kufur terhadap perintah Tuhan -  termasuklah 
membunuh para nabi yang diutus kepada mereka.
Sebuah lagi 
kumpulan atau pertubuhan Yahudi yang menentang penubuhan negara Israel 
ialah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Agudath Israel. 
Mereka menganggap bahawa penubuhan negara Israel sekarang bukan 
bertujuan untuk memenuhi apa yang disebutkan dalam kitab Taurat iaitu: 
“Bumi istimewa yang dijanjikan oleh mereka.” ia sebaliknya lebih kepada 
untuk memenuhi matlamat politik pertubuhan Zionis.
Seorang
 pemimpin kumpulan Agudath Israel ini yang bernama Rabbi Yisroel Reisman
 dalam satu khutbahnya di Gereja Yahudi Agudath Israel di Brooklyn, New 
York pada 27 Disember 2012 menegaskan bahawa kesemua pendeta atau paderi
 Yahudi yang terkenal menentang keras penubuhan sebuah negara Israel. 
Penentangan tersebut adalah berdasarkan kepercayaan mereka terhadap 
kitab Taurat yang menyatakan sebuah negara Israel di atas bumi istimewa 
yang dijanjikan kepada kaum Yahudi akan berlaku dengan sendirinya 
apabila munculnya Sang Penyelamat atau al-Masih. Antara lain, beliau 
menyebut apa yang ditulis oleh Nabi Sulaiman yang bermaksud:
“Puteri-puteri
 Jerusalem, sesungguh Aku (Tuhan) telah membuat satu perjanjian dengan 
kamu bahawa kamu sekali-kali tidak akan membangkitkan atau mengejutkan 
kecintaan kamu terhadap Tanah Suci kecuali apabila tiba masanya!”(Lagu. 
Nyanyian 2:7)
Beliau seterusnya menerangkan bahawa adalah 
menjadi ajaran kitab Taurat bahawa orang Yahudi tidak boleh memaksakan 
penubuhan sebuah negara untuk orang Yahudi di bumi suci dengan 
kekerasan. Sebuah negara untuk orang Yahudi yang sekian lama diimpikan 
oleh mereka hanya akan terdiri apabila diizinkan atau ditakdirkan oleh 
Allah dengan terutusnya Sang Penyelamat atau al-Masih.
Kesimpulan
Jelaslah
 bahawa segala onar dan kebiadaban yang dilakukan oleh Yahudi Zionis di 
Palestin adalah natijah daripada segala kesengsaraan yang terpaksa 
ditempuhi oleh kaum tersebut semenjak ribuan tahun lalu. Penyeksaan, 
pengusiran dan diskriminasi yang diterima oleh mereka semenjak dahulu 
mempengaruhi pola tabiat dan kelakuan mereka yang suka berdendam dan 
tidak senang dengan bangsa lain.
Namun yang sadisnya, umat
 Islam pula yang menjadi mangsa kepada kondisi mereka padahal telah 
terbukti orang Yahudi dilayan dengan baik sepanjang Islam memerintah 
dunia ini. Faktor umat Islam yang dilalaikan daripada mengikuti ajaran 
Allah turut menyebabkan bumi suci Palestin menjadi mangsa robekan oleh 
kuasa-kuasa Barat yang didalangi oleh Zionis di belakangnya dan negara 
umat Islam hanya mampu menangis dari kejauhan melihat penderitaan rakyat
 Palestin. Sementara negara Arab yang berjiran diam tidak berlagu kerana
 telah diikat dengan segala perjanjian damai dengan Israel atau 
bersekongkol rapat dengan Amerika Syarikat selaku kuasa besar di rantau 
tersebut.
Ku Hariz Farhan Ku Azman, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sumber rujukan:
Sabaruddin Hussein. Yahudi, Syiah dan Dajal Penyebar Fitnah, Pemesong Akidah. 2014.PTS Islamika.
Shafie Abd. Rahman. Darah Yahudi, muslihat Yahudi menguasai dunia. 2014. Darul Taklim.
http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/29857-yahudi-kaum-terpilih-yang-tiada-negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan