Assala Muaalaikum

Assala Muaalaikum.. .And Peace Be Upon U, Thank For Visiting This Site


Assalamu Alaikum Dan Salam Sejahtera......SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU......Jangan Lupa SOP KeNDIRI ...



Terima Kasih, sudi mengunjungi site ini..

Selasa, 2 September 2014

Yahudi Bunuh Nabi dan Ulama

Yahudi Bunuh Nabi dan Ulama
Tafsir surah An-Nisa :155
Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Seorang yahudi meracun Rasulullah saw dengan daging yang dipanggang dan orang Islam dibenarkan memakan sembelihan yahudi dan kristian dengan nas Al-Quran sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Dan makanan (sembelihan ) orang orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka" (surahal-Maidah ayat 5)
Ini menunjukkan ini satu keputusan Allahyang tidak boleh diingkari sesiapapun. Menyentuh soal hukum, orang murtad tidak boleh dimakan sembelihannya tetapi Allah menetapkan bahawa sembelihan ahli kita boleh dimakan. Seterusnya menyentuh tragedi pengkhianatan yahudi terhadap Rasulullah saw., apabila seorang perempuan yahudi menghadiahkan daging yang dipanggang, baginda saw memakannya tetapi rasulullah saw terhenti memakannya kerana daging itu mengandungi racun. Lalu perempuan yahudi itu dipanggil mengapa berbuat demikian. Perempuan itu berkata:" Memang aku meletakkan racun, jika sekiranya engkau seorang raja (pemimpin manusia biasa) engkau mati dengan racun ini, kami rehat dengan engkau. Dan sekiranya engkau nabi maka engkau akan diberitahu oleh Allah."
Memang Allah memberitahu Rasulullah tentang daging beracun itu tetapi kesan daripada racun itu masih ada. Ketika sakit di penghujung hayatnya , Rasulullah S.A.W menyebut kepada Aisyah ra bahawa baginda masih terasa kesan daripada racun yang dimakan di Khaibar itu .Masih ada didalam dirinya dan membawa kepada kewafatannya Nabi Zakaria , mereka belah kepalanya dengan gergaji dengan terang terangan . Nabi Yahya mereka tangkap dan sembelih apabila nabi itu melarang raja mereka IRODUS berkahwin dengan anak tirinya yang diharamkan dalam syariat mereka. Berkata Nabi Zakaria:" Diharamkan engkau berkahwin dengannya" Bagaimanapun raja itu mahu berkahwin dengan anak tirinya dan begitu jugaibu si anak tiri itu. Perempuan itu membuat syarat sekiranya raja itu mahu berkahwin dengan nya dia mestilah membawa kepala Nabi Zakaria.
Lalu diadakan satu upacara tari menari dihadapan Nabi Yahya as yang dilakukan oleh perempuan itu. Tiba tiba dipancung leher Nabi Yahya dan dipersembahkan kepada perempuan itu. Hukuman yang dikenakan kepada Nabi yahya ialah disembelih begitu sahaja. Seterusnya Nabi zakaria dicari, Mengikut riwayatnya Nabi Zakaria beresembunyi di dalalam lubang sebatang kayu . Allah telah menutup kayu itu tetapi kelihatan kainnya terkeluar.Iblis telah menunujukkan tempat persembunyian Nabi Zakaria lalu kepalanya digergaji dan baginda syahid.
Ramai lagi nabi-nabi yang mereka bunuh dalam satu amsa mungkin beratus ratus orang nabi dibunuh. Mereka juaga membunuh ulamak beribu ribu ulamak dibunuh dari dulu sehingga sekarang. Kewrja yahudi sepanjang zaman membunu Nabi nabi dengan cara yang tidak sebenar walaupun merekatahu Islam adalah benar.
Firman Allah yang bermaksud " Dan mereka juga mengatakan hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibwa oleh Nabi Muhammad" (surah An-Nisa :155)
Mereka membunuh nabi nabi dengan cara yang rtidak sebenar. Bahkan mereka mengetahui bahawa Anbi adalah benar . bagaimana pun mereka membunuh nabi dengan cara yang tidak sebenar dan membuat pertuduhan yang jahat. Mereka mengatakan bahawa hati mereka telah tertutup. Ulamak menafsirkan ayat ini dengan dua tafsirtan . Pertama, makna tertutup disini ialah hati mereke tertutup, tidak boleh menerima kebenearan dan ia diucapkan dengan sombong dan megah,
Satu pendapat lagi ialah hati sudah ditutup dengan ilmu ilmu yang sudah sedia ada Ertinya, kami tidak perlu mengikut kamu kerana kamisendiri sudah pandai. Kedua-duanya terdapat pada perangai orang yahudi . Jika ada orang Islam bercakap demikian samalah sikapnya dengan oang Yahudi.
Firman Allah yang bermaksud: "(Sebenarnya hati-hati mereka tidak tertutup), Bahkan allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka . Oleh itu mereka tidak beriman melainkan sedikit sahaja (diantaranya) " (surah an-Nisa :155)
Antara yang beriman itu ialah Abdullah bin Salam ra, Kaabul Ahbar dan lain lain lagi. Abdullah bin Salaam yang menjadi sahabat Anbi saw termasuk dikalangan orang yang dijanjikan syurga.

 http://members.tripod.com/nuun_qalami79/ctindex_files/wardah4.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan