http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm
ARTIS
sekarang dah tak nak minta bayaran tinggi sebab perkara itu tak ada
gunanya. Mereka terpaksa akur dengan arus industri seni hari ini yang
sama sekali tak membenarkan mereka meletak harga tinggi. Lain situasinya
kalau artis itu benar-benar popular. Tambahan pula, bilangan artis baru
bertambah setiap hari. Kalau artis A buat perangai letak harga tinggi,
esok lusa artis A kena pangkah kemudian diganti dengan artis B, C atau D
yang tak banyak hal.
Hakikatnya, tahap survival dunia artis pada hari ini cukup kompetitif. Setiap artis terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan job walaupun kadangkala bayaran yang ditawarkan tak besar mana pun.
Saya merujuk kenyataan ini kepada artis yang suam-suam kuku. Orang
pun ingat-ingat lupa kalau sebut nama dia. Golongan artis sebegitu juga
pernah sangkut hutang, mengeluh perit bila poket tak penuh, nak-nak
hujung bulan. Komitmen bulanan artis sebagai figura awam pun memang
tinggi. Nak bayar penyelenggaraan diri, duit kosmetik dan macam-macam
lagi. Mana boleh nampak gah saja masa fotografi dengan wartawan,
mestilah kena jaga standard bila muncul di tempat awam.
Jadi, bila artis suam-suam kuku ini nak pastikan akaun banknya penuh, dia kena rajin cari job.
Artis sebegitu selalunya selalu rembat apa jua rezeki di depan mata.
Mereka juga tak banyak soal dalam bab pembayaran. Tapi janganlah bagi
terlalu banyak diskaun. Misalnya, dari bayaran biasa diterima sekitar
RM2,000 turun menjunam kepada RM500 di hujung diskusi. Mana boleh kan!
Memanglah penganjur selalu bagi alasan tak ada bajet banyak nak bayar
artis mahal sebab peruntukan tak besar. Tapi perbuatan memberi terlalu
banyak bagi diskaun pada penganjur itu sebenarnya boleh menjahanamkan
industri seni kita sendiri.
Ini realitinya. Contohnya, ada penganjur setuju nak guna khidmat
seseorang artis itu tapi dibatalkan saat-saat akhir sebab harga artis A
itu bersamaan memanggil tiga lagi artis lain.
Ditambah pula dengan perangai segelintir artis kita yang sanggup
mencaras (potong jalan) rezeki artis lain semata-mata nak dapatkan job.
Dahlah bayaran sikit, lepas itu ditambah pula dengan budaya
caras-mencaras di kalangan artis, nampaknya ke lautlah industri kita!
Tanpa disedari, industri seni tanah air kita bakal jadi medan
lelong-melelong bakat sebiji macam nak beli ikan di pasar borong. Semua
orang bebas tawar menawar harga. Kalau tak suka pada pemborong ikan A,
boleh ke pemborong ikan B pula. Hebat bukan?
Dalam situasi persamaan sebegitu, takkan artis tak berfikir bahawa
setiap artis dinilai mengikut penampilan luaran dan bukan bakat
semata-mata. Tiada nilai istimewa atau faktor X yang boleh ditawarkan
artis kepada masyarakat. Itu yang timbul istilah 'artis bodoh, kurang
pengetahuan', atau 'harap je muka cantik, tapi perangai hodoh'.
Sedangkan artis tahu bahawa bakat yang anugerahkan kepada mereka
tidak ternilai harganya. Mereka perlulah bijak menaksir kebolehan semula
jadi dan bersifat selektif dalam setiap karya supaya masyarakat hari
ini boleh menghargai artis kita.
Atau setidak-tidaknya, dapat mengurangkan jumlah artis kurang cerdik
yang sentiasa merungut tentang teruknya industri seni kita tapi langsung
tak membantu mengatasi masalah sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan