Assala Muaalaikum

Assala Muaalaikum.. .And Peace Be Upon U, Thank For Visiting This Site

Assalamu Alaikum Dan Salam Sejahtera......SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU......Jangan Lupa SOP KeNDIRI ...

Terima Kasih, sudi mengunjungi site ini..

Sabtu, 5 Ogos 2017

Beberapa Contoh Qaul Qodim Dan Qaul Jadid

Link

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Beberapa Contoh Qaul Qodim Dan Qaul Jadid Di sini akan disertakan beberapa contoh ringkas perbezaan di antara Qaul Qodim (Pendapat Lama) dan Qaul Jadid (Pendapat Baru) Imam Al-Syafie, namun sebelum mengamalkannya anda harus berguru, meneliti dan mengkaji qaul manakah yang patut diamalkan. Ini kerana mungkin Imam Al-Syafie telah merujuk pada Qaul Qodim-nya, atau Qaul Qodim berdasarkan dalil yang Sahih. Beberapa contoh: Hukum air mengalir yang terkena najis, namun sifat-sifatnya tidak berubah. Qaul Qodim: Air mengalir tidak akan menjadi najis. Qaul Jadid: Air mengalir hukumnya sama dengan air yang tenang. Jika kuantitinya kurang dari dua kullah, maka menjadi najis. Hukum air mustakmal untuk bersuci yang wajib. Qaul Qodim: Air mustakmal hukumnya suci lagi menyucikan. Qaul Jadid: Air mustakmal hukumnya suci tetapi tidak dapat menyucikan. Hukum menjual kulit haiwan yang telah disamak. Qaul Qodim: Tidak boleh menjualnya. Qaul Jadid: Boleh menjualnya. Hukum terlupa tertib wuduk. Qaul Qodim: Sah wuduknya. Qaul Jadid: Hukumnya sama dengan orang yang tinggalkan secara sengaja, tidak sah. Hukum muwalat dalam berwuduk. Qaul Qodim: Wajib. Qaul Jadid: Sunat, bukan Wajib. Batas waktu mengusap khuf (sepatu). Qaul Qodim: Tidak ada batas waktu. Qaul Jadid: Bagi musafir, 3 hari 3 malam manakala bagi yang mukim sehari semalam. Hukum mengusap khuf yang koyak. Qaul Qodim: Boleh mengusapnya. Qaul Jadid: Tidak boleh mengusapnya apabila koyakan itu sampai menampakkan bahagian kakinya. Hukum wuduk bagi orang yang tertidur ketika solat. Qaul Qodim: Tidak membatalkan wuduk. Qaul Jadid: Batal wuduk. Hukum tidur dalam solat sama dengan hukum tidur di luar solat. Hukum wuduk bagi orang yang menyentuh dubur manusia. Qaul Qodim: Tidak membatalkan wuduk. Qaul Jadid: Wuduknya batal. Hukum wuduk bagi orang yang menyentuh dubur binatang ternak. Qaul Qodim: Batal wuduk. Qaul Jadid: Tidak batal wuduk. Hukum wuduk bagi orang yang memakan daging unta. Qaul Qodim: Batal wuduk. Qaul Jadid: Tidak batal wuduk. Batas usapan tayamum pada tangan. Qaul Qodim: Sehingga pergelangan tangan sahaja. Qaul Jadid: Sampai ke siku. Tayamum dengan pasir. Qaul Qodim: Boleh bertayamum dengan pasir. Qaul Jadid: Tidak boleh bertayamum dengan pasir. Kes orang yang mempunyai air tetapi tidak cukup untuk mandi hadas dan berwuduk. Qaul Qodim: Tidak wajib menggunakan air itu, tayamum sahaja. Qaul Jadid: Wajib menggunakan air itu terlebih dahulu, kemudian tayamum untuk menyucikan sebahagian anggota tubuhnya yang belum tersentuh air. Kafarah menggauli isteri yang sedang haid. Qaul Qodim: Dikehendaki membayar kafarah dengan sedekah sebanyak 1 dinar jika menggauli isteri yang sedang haid pada saat datangnya darah, dan setengah dinar bagi suami yang menggauli isterinya yang sedang haid pada saat hilangnya darah. Qaul Jadid: Tidak wajib membayar kafarah, tetapi sekadar dianjurkan sahaja. Dikehendaki memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. Hukum bersenang-senang di sekitar pusat dan lutut isteri yang sedang haid. Qaul Qodim: Perbuatan itu tidak diharamkan, tetapi makruh. Qaul Jadid: Perbuatan itu hukumnya Haram. Waktu Solat Maghrib. Qaul Qodim: 2 waktu-1 waktu saat terbenam matahari dan 1 waktu lagi sampai hilangnya sinar merah matahari. Qaul Jadid: 1 waktu. Sebatas cukup bersuci, menutup aurat, azan, iqamah dan solat. Tidak mengetahui atau terlupa membersihkan najis pada pakaian ketika solat. Qaul Qodim: Solatnya sah. Qaul Jadid: Solat tidak sah dan wajib mengulang. Lupa membaca Al-Fatihah dalam solat. Qaul Qodim: Solatnya sah. Qaul Jadid: Solatnya tidak sah. Hukum baca Al-Fatihah bagi makmum pada rakaat solat yang dikeraskan suara. Qaul Qodim: Makmum tidak wajib membaca Al-Fatihah melainkan pada rakaat 3 dan 4. Qaul Jadid: Makmum wajib membaca Al-Fatihah dalam setiap rakaat pada setiap solat. Mengucapkan salam di akhir solat. Qaul Qodim: Disyariatkan hanya salam pertama sahaja. Qaul Jadid: Salam kedua disyariatkan dan sunat hukumnya. Hadas ketika solat. Qaul Qodim: Hanya batal wuduk, tidak batal solat. Oleh itu, perlu keluar barisan solat dan pergi berwuduk lalu sambung kembali solat tadi. Qaul Jadid: Solatnya batal. Perlu mengulangi solat dari awal. Menggantikan imam yang berhadas. Qaul Qodim: Tidak boleh menggatikannya. Qaul Jadid: Boleh mengganti imam. Kes melewatkan solat dalam perjalanan lalu ia mengqadanya di rumah. Qaul Qodim: Boleh mengqasarnya, apabila melakukan solat di rumah. Qaul Jadid: Tidak boleh mengqasarkannya, jika melaksanakan solat di rumah. Hukum merampas sebahagian harta orang yang tidak mahu membayar zakat. Qaul Qodim: Boleh. Qaul Jadid: Tidak boleh. Hutang menghalangi bayar zakat. Qaul Qodim: Hutang menggugurkan kewajipan membayar zakat. Qaul Jadid: Hutang tidak menghalangi kewajipan membayar zakat. Permulaan waktu wajib membayar zakat fitrah. Qaul Qodim: Saat terbitnya fajar di hari Ied Fitri. Qaul Jadid: Wajib membayar zakat fitrah pada waktu selepas terbenamnya matahari di hari terakhir bulan Ramadan atau malam menjelang Ied Fitri. Membayar fidyah bagi orang tua atau orang sakit yang tidak mampu berpuasa. Qaul Qodim: Tidak wajib membayar fidyah. Qaul Jadid: Wajib membayar fidyah. Gila sampai setengah hari bagi orang yang berpuasa. Qaul Qodim: Sah puasanya. Qaul Jadid: Tidak sah puasanya. Meninggal dunia sebelum mengqada puasa. Qaul Qodim: Walinya boleh berpuasa untuk orang yang meninggal dunia atau membayar fidyah. Boleh pilih salah satu. Qaul Jadid: Walinya tidak boleh menggantikan puasa untuk orang yang meninggal dunia. Tetapi, wajib membayar fidyah. Hukum Umrah. Qaul Qodim: Umrah hukumnya sunat, bukan wajib. Qaul Jadid: Hukum Umrah adalah wajib. Hukum ihram bagi anak kecil yang mumayyiz (boleh membezakan baik & buruk) tanpa izin walinya. Qaul Qodim: Tidak boleh. Qaul Jadid: Boleh. Hukum melanggar larangan ihram bagi anak kecil dengan sengaja. Qaul Qodim: Mesti membayar fidyah dengan wang anak kecil itu. Qaul Jadid: Fidyah diambil dari wang walinya. Meninggal dunia ketika sedang menunaikan haji. Qaul Qodim: Diperbolehkan menggantikan hajinya. Qaul Jadid: Tidak diperbolehkan menggantikan hajinya. Hukum berihram sebelum waktu ihram. Qaul Qodim: Ihramnya boleh ditangguhkan sampai bulan-bulan haji. Qaul Jadid: Ihramnya dianggap ihram umrah. Hukum tawaf dengan badan serong (45 darjah) atau kurang sempurna. Qaul Qodim: Boleh. Qaul Jadid: Tidak boleh. Hendaklah betul-betul sempurna dan bukan dengan sebahagian badan sahaja. Hukum berhadas ketika sedang tawaf. Qaul Qodim: Mesti pergi berwuduk dan tidak boleh menyambung tawafnya dan perlu mulai dari awal. Qaul Jadid: Boleh melanjutkan tawafnya setelah berwuduk. Hukum menjual sesuatu yang belum dimiliki. Qaul Qodim: Akad penjualan ditangguhkan sampai mendapat izin pemilik barang yang hendak dijual. Apabila diizinkan maka penjualan itu sah. Qaul Jadid: Hukum penjualan ini batal. Azan bagi solat qada’. Qaul Qodim: Tetap perlu azan. Qaul Jadid: Tidak perlu azan, hanya iqamah sahaja. Memakan kulit bangkai haiwan yang telah disamak. Qaul Qodim: Tidak boleh memakannya, tidak kira binatang yang halal atau haram dimakan. Qaul Jadid: Boleh dimakan jika dari binatang yang halal. Solat Isya’. Qaul Qodim: Mendahulukan solat Isya’ lebih utama. Qaul Jadid: Mengakhirkan solat Isya’ lebih utama. Makmum yang membaca amin. Qaul Qodim: Makmum dianjurkan membaca amin dengan keras (jahar). Qaul Jadid: Makmum tidak perlu membaca amin dengan keras. Membaca surah bagi imam atau orang yang solat sendirian pada rakaat ketiga dan keempat. Qaul Qodim: Tidak disunatkan. Qaul Jadid: Disunatkan. _____________________________ Bibliografi: 1. Al-Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid karya Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam.

http://mazhab-alsyafie.blogspot.my/2011/06/beberapa-contoh-qaul-qodim-dan-qaul.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan