Link
Beberapa Contoh Qaul
Qodim Dan Qaul Jadid
Di sini akan disertakan beberapa contoh ringkas perbezaan di antara Qaul
Qodim (Pendapat Lama) dan Qaul Jadid (Pendapat Baru) Imam Al-Syafie,
namun sebelum mengamalkannya anda harus berguru, meneliti dan mengkaji
qaul manakah yang patut diamalkan. Ini kerana mungkin Imam Al-Syafie
telah merujuk pada Qaul Qodim-nya, atau Qaul Qodim berdasarkan dalil
yang Sahih.
Beberapa contoh:
Hukum air mengalir yang terkena najis, namun sifat-sifatnya tidak
berubah. Qaul Qodim: Air mengalir tidak akan menjadi najis. Qaul Jadid:
Air mengalir hukumnya sama dengan air yang tenang. Jika kuantitinya
kurang dari dua kullah, maka menjadi najis.
Hukum air mustakmal untuk bersuci yang wajib. Qaul Qodim: Air
mustakmal hukumnya suci lagi menyucikan. Qaul Jadid: Air mustakmal
hukumnya suci tetapi tidak dapat menyucikan.
Hukum menjual kulit haiwan yang telah disamak. Qaul Qodim: Tidak
boleh menjualnya. Qaul Jadid: Boleh menjualnya.
Hukum terlupa tertib wuduk. Qaul Qodim: Sah wuduknya. Qaul Jadid:
Hukumnya sama dengan orang yang tinggalkan secara sengaja, tidak sah.
Hukum muwalat dalam berwuduk. Qaul Qodim: Wajib. Qaul Jadid: Sunat,
bukan Wajib.
Batas waktu mengusap khuf (sepatu). Qaul Qodim: Tidak ada batas
waktu. Qaul Jadid: Bagi musafir, 3 hari 3 malam manakala bagi yang mukim
sehari semalam.
Hukum mengusap khuf yang koyak. Qaul Qodim: Boleh mengusapnya. Qaul
Jadid: Tidak boleh mengusapnya apabila koyakan itu sampai menampakkan
bahagian kakinya.
Hukum wuduk bagi orang yang tertidur ketika solat. Qaul Qodim: Tidak
membatalkan wuduk. Qaul Jadid: Batal wuduk. Hukum tidur dalam solat
sama dengan hukum tidur di luar solat.
Hukum wuduk bagi orang yang menyentuh dubur manusia. Qaul Qodim:
Tidak membatalkan wuduk. Qaul Jadid: Wuduknya batal.
Hukum wuduk bagi orang yang menyentuh dubur binatang ternak. Qaul
Qodim: Batal wuduk. Qaul Jadid: Tidak batal wuduk.
Hukum wuduk bagi orang yang memakan daging unta. Qaul Qodim: Batal
wuduk. Qaul Jadid: Tidak batal wuduk.
Batas usapan tayamum pada tangan. Qaul Qodim: Sehingga pergelangan
tangan sahaja. Qaul Jadid: Sampai ke siku.
Tayamum dengan pasir. Qaul Qodim: Boleh bertayamum dengan pasir.
Qaul Jadid: Tidak boleh bertayamum dengan pasir.
Kes orang yang mempunyai air tetapi tidak cukup untuk mandi hadas
dan berwuduk. Qaul Qodim: Tidak wajib menggunakan air itu, tayamum
sahaja. Qaul Jadid: Wajib menggunakan air itu terlebih dahulu, kemudian
tayamum untuk menyucikan sebahagian anggota tubuhnya yang belum
tersentuh air.
Kafarah menggauli isteri yang sedang haid. Qaul Qodim: Dikehendaki
membayar kafarah dengan sedekah sebanyak 1 dinar jika menggauli isteri
yang sedang haid pada saat datangnya darah, dan setengah dinar bagi
suami yang menggauli isterinya yang sedang haid pada saat hilangnya
darah. Qaul Jadid: Tidak wajib membayar kafarah, tetapi sekadar
dianjurkan sahaja. Dikehendaki memohon ampun dan bertaubat kepada Allah
SWT.
Hukum bersenang-senang di sekitar pusat dan lutut isteri yang sedang
haid. Qaul Qodim: Perbuatan itu tidak diharamkan, tetapi makruh. Qaul
Jadid: Perbuatan itu hukumnya Haram.
Waktu Solat Maghrib. Qaul Qodim: 2 waktu-1 waktu saat terbenam
matahari dan 1 waktu lagi sampai hilangnya sinar merah matahari. Qaul
Jadid: 1 waktu. Sebatas cukup bersuci, menutup aurat, azan, iqamah dan
solat.
Tidak mengetahui atau terlupa membersihkan najis pada pakaian
ketika solat. Qaul Qodim: Solatnya sah. Qaul Jadid: Solat tidak sah dan
wajib mengulang.
Lupa membaca Al-Fatihah dalam solat. Qaul Qodim: Solatnya sah. Qaul
Jadid: Solatnya tidak sah.
Hukum baca Al-Fatihah bagi makmum pada rakaat solat yang dikeraskan
suara. Qaul Qodim: Makmum tidak wajib membaca Al-Fatihah melainkan pada
rakaat 3 dan 4. Qaul Jadid: Makmum wajib membaca Al-Fatihah dalam setiap
rakaat pada setiap solat.
Mengucapkan salam di akhir solat. Qaul Qodim: Disyariatkan hanya
salam pertama sahaja. Qaul Jadid: Salam kedua disyariatkan dan sunat
hukumnya.
Hadas ketika solat. Qaul Qodim: Hanya batal wuduk, tidak batal
solat. Oleh itu, perlu keluar barisan solat dan pergi berwuduk lalu
sambung kembali solat tadi. Qaul Jadid: Solatnya batal. Perlu mengulangi
solat dari awal.
Menggantikan imam yang berhadas. Qaul Qodim: Tidak boleh
menggatikannya. Qaul Jadid: Boleh mengganti imam.
Kes melewatkan solat dalam perjalanan lalu ia mengqadanya di rumah.
Qaul Qodim: Boleh mengqasarnya, apabila melakukan solat di rumah. Qaul
Jadid: Tidak boleh mengqasarkannya, jika melaksanakan solat di rumah.
Hukum merampas sebahagian harta orang yang tidak mahu membayar
zakat. Qaul Qodim: Boleh. Qaul Jadid: Tidak boleh.
Hutang menghalangi bayar zakat. Qaul Qodim: Hutang menggugurkan
kewajipan membayar zakat. Qaul Jadid: Hutang tidak menghalangi kewajipan
membayar zakat.
Permulaan waktu wajib membayar zakat fitrah. Qaul Qodim: Saat
terbitnya fajar di hari Ied Fitri. Qaul Jadid: Wajib membayar zakat
fitrah pada waktu selepas terbenamnya matahari di hari terakhir bulan
Ramadan atau malam menjelang Ied Fitri.
Membayar fidyah bagi orang tua atau orang sakit yang tidak mampu
berpuasa. Qaul Qodim: Tidak wajib membayar fidyah. Qaul Jadid: Wajib
membayar fidyah.
Gila sampai setengah hari bagi orang yang berpuasa. Qaul Qodim: Sah
puasanya. Qaul Jadid: Tidak sah puasanya.
Meninggal dunia sebelum mengqada puasa. Qaul Qodim: Walinya boleh
berpuasa untuk orang yang meninggal dunia atau membayar fidyah. Boleh
pilih salah satu. Qaul Jadid: Walinya tidak boleh menggantikan puasa
untuk orang yang meninggal dunia. Tetapi, wajib membayar fidyah.
Hukum Umrah. Qaul Qodim: Umrah hukumnya sunat, bukan wajib. Qaul
Jadid: Hukum Umrah adalah wajib.
Hukum ihram bagi anak kecil yang mumayyiz (boleh membezakan baik
& buruk) tanpa izin walinya. Qaul Qodim: Tidak boleh. Qaul Jadid:
Boleh.
Hukum melanggar larangan ihram bagi anak kecil dengan sengaja. Qaul
Qodim: Mesti membayar fidyah dengan wang anak kecil itu. Qaul Jadid:
Fidyah diambil dari wang walinya.
Meninggal dunia ketika sedang menunaikan haji. Qaul Qodim:
Diperbolehkan menggantikan hajinya. Qaul Jadid: Tidak diperbolehkan
menggantikan hajinya.
Hukum berihram sebelum waktu ihram. Qaul Qodim: Ihramnya boleh
ditangguhkan sampai bulan-bulan haji. Qaul Jadid: Ihramnya dianggap
ihram umrah.
Hukum tawaf dengan badan serong (45 darjah) atau kurang sempurna.
Qaul Qodim: Boleh. Qaul Jadid: Tidak boleh. Hendaklah betul-betul
sempurna dan bukan dengan sebahagian badan sahaja.
Hukum berhadas ketika sedang tawaf. Qaul Qodim: Mesti pergi berwuduk
dan tidak boleh menyambung tawafnya dan perlu mulai dari awal. Qaul
Jadid: Boleh melanjutkan tawafnya setelah berwuduk.
Hukum menjual sesuatu yang belum dimiliki. Qaul Qodim: Akad
penjualan ditangguhkan sampai mendapat izin pemilik barang yang hendak
dijual. Apabila diizinkan maka penjualan itu sah. Qaul Jadid: Hukum
penjualan ini batal.
Azan bagi solat qada’. Qaul Qodim: Tetap perlu azan. Qaul Jadid:
Tidak perlu azan, hanya iqamah sahaja.
Memakan kulit bangkai haiwan yang telah disamak. Qaul Qodim: Tidak
boleh memakannya, tidak kira binatang yang halal atau haram dimakan.
Qaul Jadid: Boleh dimakan jika dari binatang yang halal.
Solat Isya’. Qaul Qodim: Mendahulukan solat Isya’ lebih utama. Qaul
Jadid: Mengakhirkan solat Isya’ lebih utama.
Makmum yang membaca amin. Qaul Qodim: Makmum dianjurkan membaca amin
dengan keras (jahar). Qaul Jadid: Makmum tidak perlu membaca amin
dengan keras.
Membaca surah bagi imam atau orang yang solat sendirian pada rakaat
ketiga dan keempat. Qaul Qodim: Tidak disunatkan. Qaul Jadid:
Disunatkan.
_____________________________
Bibliografi:
1. Al-Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid karya Dr. Ahmad
Nahrawi Abdus Salam.
Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

http://mazhab-alsyafie.blogspot.my/2011/06/beberapa-contoh-qaul-qodim-dan-qaul.html