Luahan hati Syed Mokhtar Bukhary beerkenaan Najib Razak
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat
Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis
kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah
menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang
mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd
Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
2. Hampir menitis air
mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp
dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang
mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan
dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha
memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia
adalah masalah yang perlu diselesaikan.
4. Tidak cukup itu
Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM
mendapati ia tidak benar. SPRM juga
mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan
sebarang keputusan atau hasil kerajaan
mahu pun 1MDB.
5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat
biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah
kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan
Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd
Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia
sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk
difitnah?
6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi
negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak
pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1
Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B
(2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B
pada 2014.
7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung,
maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan
pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf
hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini
sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.
8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang
tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1.
Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena
antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami
kejatuhan berbanding dolar.
9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia,
hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia
sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa
negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu
mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.
11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di
bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta
kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M,
Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan
rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan
pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup
rakyat dan karenah birokrasi.
12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana
mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar
keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari
ini?
13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan
mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang
bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan
begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.
14.Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd
Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak
pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan
bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.
15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji
sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin
Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan
kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
16. Perdana Menteri
yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan
penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan
Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat
Islam di sana. 17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi
membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan
Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan