Rahsia 1
Rahsia 2
Klik
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana
menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara
yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu
“Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan
berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan
yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling
tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari
kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman
diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir
bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke
California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?
Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu
kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti
kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis
untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup
secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini
mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan
data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang
saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk
melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan
dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan
dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui
yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah,
sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan
membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama
suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering
membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang
beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang
metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya
kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini
untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak
beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini
membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat
latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama
susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan
tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis
kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat
merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan
ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung
mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk
makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya
perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah
mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya
daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka,
campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang
adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara
yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan
hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi
anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini
akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo,
apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok,
dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam
merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel,
siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak
manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok
bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu
penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan
DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar
rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian
saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi
cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,
diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam
pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka
memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi
mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak
itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik
dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai
sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya
ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun
kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak
Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi
mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan
berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak
mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk
perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya
menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan
pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala
projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap
diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan
engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan
Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti
perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan
seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para
penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik
kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap
kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah
kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh
syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½
perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya
dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka
ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala,
banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh
umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat
mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang
Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.
Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?
Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan
Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes
(sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas,
jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari
jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg
perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck,
Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis,
Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan
perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New
York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan
memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,
barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa
kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya,
melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya
bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin?
Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu
melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping
mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah
makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak
kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan
bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak
mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg
tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes
bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore
pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak
tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa
harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk
makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan
sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan
segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya
lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat
nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,
saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja
Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,
teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak
rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat
disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa
mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga
berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini
bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis
saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah
Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke
Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya
ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak
seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan
saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat
sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui
program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu
saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya
hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat
sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat
mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
Tiada ulasan:
Catat Ulasan