Assala Muaalaikum

Assala Muaalaikum.. .And Peace Be Upon U, Thank For Visiting This Site


Assalamu Alaikum Dan Salam Sejahtera......SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU......Jangan Lupa SOP KeNDIRI ...



Terima Kasih, sudi mengunjungi site ini..

Rabu, 30 Mei 2012

Teh tarik di KLIA RM9.10!

Teh tarik di KLIA RM9.10!

BALIK dari luar negara baru-baru ini, sementara menunggu kenderaan saya singgah di sebuah gerai minuman di tingkat ketibaan, dekat pintu keluar ke teksi.
Kerana lama tak minum teh tarik saya pun pesanlah. Gelasnya pun taklah besar, besar sikitlah dari kedai mamak.
Gerai itu menjual bermacam-macam jenis makanan, termasuk laksa. Sebagai orang utara, saya pun pesan juga laksa. Makan dan minumlah dengan berseleranya.
Apabila nak bayar, saya terkejut, yang kenyang jadi lapar. Harga teh tarik RM9.10 sen. Harganya macam di hotel. Tapi suasana di situ bukan macam di hotel. Pemandangannya menyesakkan. Orang tolak troli beg ke sana, ke mari. Nasib baik ramai pramugari manis, sejuklah sikit hati.
Semasa dalam kenderaan mahu pulang, saya mencongak-congak dalam fikiran. Di kedai mamak di Shah Alam hanya RM1.50 segelas - sedikit kelat teh, susu dan air panas. Itu pun minta yang kurang manis. Berapa banyak untung gerai KLIA itu buat?
Apakah sewanya terlalu tinggi sehingga segelas teh tarik berharga hampir RM10. Atau Malaysia kini diambang inflasi yang terlalu tinggi, sehingga wang RM sudah susut nilai terlalu besar? Jika sewanya tinggi, takkan orang macam saya kena tanggung?
Saya terkenang makcik dan pakcik yang menghantar saudara-mara kampung untuk naik Umrah atau Haji dan singgah pula ke gerai itu untuk hilangkan dahaga.
Saya rasa perlu diwujudkan Gerai Makanan 1Malaysia di tingkat itu. Kalau tidak kasihan makcik-makcik itu.
Jika harganya RM5 pun boleh lagi terima, bukannya berganda-ganda hampir RM10! Tapi hairan, restoran makanan segera di situ, boleh pula jual harga biasa?
Saya masukkan resit belian itu ke dalam facebook saya, macam-macam komen yang saya terima.
Antaranya:

  • Betullah tu kalau saya pun charge macam tu, siapa yang ajar macam tu, document tender untuk sebuah kiosk KLIA baru-baru ini berharga RM1,000, kalau kalah tender wang tak dipulangkan, jadi kalau harga dokumen sampai macam itu, fikirkanlah...
  • Bro...harga international, kira ok ler bukan selalu...
  • Hahaha...gula+susu+teh+air panas=RM9.10...sewa tapak kat KLIA tu maybe cecah RM100k sebulan kot...
  • Minta Zaini buat artikel pasal ni? Memang betul, fikir-fikirkanlah...

    link..
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan