Teh tarik di KLIA RM9.10!
BALIK dari luar negara baru-baru ini, sementara menunggu kenderaan saya singgah di sebuah gerai minuman di tingkat ketibaan, dekat pintu keluar ke teksi.
Kerana lama tak minum teh tarik saya pun pesanlah. Gelasnya pun taklah besar, besar sikitlah dari kedai mamak.
Gerai itu menjual bermacam-macam jenis makanan, termasuk laksa. Sebagai orang utara, saya pun pesan juga laksa. Makan dan minumlah dengan berseleranya.
Apabila nak bayar, saya terkejut, yang kenyang jadi lapar. Harga teh tarik RM9.10 sen. Harganya macam di hotel. Tapi suasana di situ bukan macam di hotel. Pemandangannya menyesakkan. Orang tolak troli beg ke sana, ke mari. Nasib baik ramai pramugari manis, sejuklah sikit hati.
Semasa dalam kenderaan mahu pulang, saya mencongak-congak dalam fikiran. Di kedai mamak di Shah Alam hanya RM1.50 segelas - sedikit kelat teh, susu dan air panas. Itu pun minta yang kurang manis. Berapa banyak untung gerai KLIA itu buat?
Apakah sewanya terlalu tinggi sehingga segelas teh tarik berharga hampir RM10. Atau Malaysia kini diambang inflasi yang terlalu tinggi, sehingga wang RM sudah susut nilai terlalu besar? Jika sewanya tinggi, takkan orang macam saya kena tanggung?
Saya terkenang makcik dan pakcik yang menghantar saudara-mara kampung untuk naik Umrah atau Haji dan singgah pula ke gerai itu untuk hilangkan dahaga.
Saya rasa perlu diwujudkan Gerai Makanan 1Malaysia di tingkat itu. Kalau tidak kasihan makcik-makcik itu.
Jika harganya RM5 pun boleh lagi terima, bukannya berganda-ganda hampir RM10! Tapi hairan, restoran makanan segera di situ, boleh pula jual harga biasa?
Saya masukkan resit belian itu ke dalam facebook saya, macam-macam komen yang saya terima.
Antaranya:
link..