Penyelidik dari Universiti Teknologi Mara, Pusat Pharmacogenomics telah  berjaya menyiapkan pemetaan genom etnik Melayu. Dengan penemuan ini  etnik Melayu akan punya data genom lengkap sama seperti bangsa maju lain  seperti etnik Caucasian (Eropah) dan Japan. Pemetaan in amatlah  bernilai terutama kepada syarikat-syarikat pharmaceutical yang  membangunkan perubatan khas untuk penduduk-penduduk Asia Tenggara. 
Penemuan  dan pemetaan genom etnik melayu dijangka akan mendatangkan berbilion  dollars kepada industri biotek dan pharmaceutical Malaysia. Genom etnik  melayu merangkumi rakyat di Malaysia, Indonesia, Thailand, Phillipines,  Brunei, Singapura dan lain-lain ahli ASEAN. Kebanyakan ubat-ubatan  sekarang tidak sesuai untuk penduduk etnik melayu Asia Tenggara kerana  menggunakan data genom etnik Caucasian (Eropah). 
Dengan penemuan  dan pemetaan etnik melayu ini, para saintis dan perubatan sekarang  boleh menggunakan data-data tersebut untuk mereka cipta ubat-ubatan yang  khusus untuk rakyat beretnik melayu di Asia Tenggara. Ia adalah satu  fakta yang diketahui bahawa gen yang memainkan peranan dalam menentukan  risiko seseorang untuk penyakit-penyaki tertentu dan bagaimana mereka  bertindak balas terhadap pelbagai jenis perubatan. 
Usaha ini  adalah sama dengan yang sedang dijalankan di negara-negara maju yang  menggunakan pengetahuan genetik untuk membangunkan strategi kesihatan  yang sesuai bagi penduduk tempatan.
 http://www.topix.net/forum/world/malaysia/T2HMJPK511DTRNA3L
Tiada ulasan:
Catat Ulasan