>Islam benarkan vaksin dari lemak babi 
>                  >Oleh MONA AHMAD 
>                  >BERITA MINGGU ONLINE 
>                  > 
>                  >KUALA LUMPUR: Penggunaan suntikan pelalian quadrivalent meningokokal 
>                  >(ACYW 135) diperbuat daripada lemak babi dibenarkan dalam Islam kerana ia 
>                  >sudah melalui proses transformasi yang menjadikannya bahan lain, kata 
>                  >Persatuan Perubatan Islam Malaysia. 
>                  > 
>                  >Presidennya, Dr Musa Mohd Nordin, berkata menerusi kaedah itu, gelatin 
>                  >diperbuat daripada tulang, kulit dan tendon haiwan yang tidak suci 
>                  >dibenarkan, begitu juga sabun daripada lemak babi dan haiwan mati. 
>                  > 
>                  >Transformasi mengikut Seminar Perubatan-Fiqh Kelapan pada 1995 bermaksud 
>                  >sesuatu proses yang membolehkan sesuatu objek itu diubah kepada 
>                  >bentuk lain termasuk dari segi sifat dan kandungan, menyucikan bahan terbabit melalui 
>                  >proses tertentu, sekali gus menukarkan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh 
>                  >syariah kepada yang dibenarkan. 
>                  > 
>                  >"Walaupun sesetengah vaksin ACYW 135 pada asalnya diperbuat daripada lemak 
>                  >babi, selepas melalui pelbagai proses, ia lahir sebagai bahan baru 
>                  >dan jelas penggunaannya dibenarkan dalam Islam. 
>                  > 
>                  >"Vaksin ini diwajibkan ke atas  jemaah haji dari seluruh dunia yang 
>                  >mengerjakan haji. Keputusan mengenai kebenaran menggunakan vaksin berasaskan 
>                  >lemak babi ini dibuat oleh kumpulan  ulama fiqah terkenal dari seluruh dunia 
>                  >termasuk Yusuf Qardawi dalam Seminar Perubatan - Fiqh Kelapan pada 
>                  >1995 di Kuwait," katanya. 
>                  > 
>                  >Beliau berkata demikian dalam Sesi Bertemu Pakar di Persidangan Kedua Pusat 
>                  >Perubatan Universiti Malaya: Perubatan Daripada Perspektif Islam, di sini 
>                  >semalam. Persidangan tiga hari bermula kelmarin disertai 450 pengamal 
>                  >perubatan itu, anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 
Webpagenya: 
Webpage2 
Webpage3-konsep istihalah/perubahan/peralihan 
WebP 4- Fatwa JAKIM 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan