Suatu  pagi, waktu  aku  sedang  bermotosikal  hendak  menuju  ke sebuah  restoran 
untuk  bersahur,  di pertengahan  jalan,  sayup-sayup  kelihatan  kelibat  seseorang
sedang  berjalan  kaki.  Jam  kira-kira  4.15  pagi.  Keadaannya  agak  menyedihkan,
tidak  terurus.  merayu-rayu  minta  tolong.  Keadaannya  tidak  terurus.  Aku  antara 
berani  dengan  tidak  untuk  menghentikan  motosikal  utk  membantunya.  Lalu  aku  berhenti,  memberanikan  motosikal,  cuba  membantu  mana-mana yang  boleh.
       Aku  bertanya,  "Apa  hal?"
  Dia  menjawab,  dan  meminta  tolong," Tolong  pakcik,  ini  perjuangan  antara  hidup  dan
 mati."  Dalam  loghat  Indon.
       Aku  lebih  kehairanan.   Dia  lalu  menjelaskan, " Saya  sedang  berjalan  untuk
ke Medan  Gopeng  untuk  mengambil  emas,  untuk  mengubat  diriku."  Dia  teruskan
perbualan," Diriku  amat  lemah  tanpa  emas  itu.  Pakcik  faham  tak  maksud  saya ?"
      Aku  kaget  , cemas dan  ragu-ragu.   Medan  Gopeng  pulak  terletak  kira-kira
10  km  dari  situ.  Dia  sebenarnya  ingin  menyuruku  bawanya  ke sana.  Tapi
sebenarnya  aku  tak  boleh  bawanya  sejauh  itu.
      Dia  terus  merayu-rayu,  bersungguh-sungguh.   Aku  terus  pergi,  tanpa  dapat
membantunya.  Maklumlah,  tak  tau  latar  belakangnya  dan  apa-apa  boleh  terjadi
di tengah  jalan. 
     Dia  terus  menjerit,"Tolong  aku  pakcikkkkk!!"  Berulang-ulang  kali.
     Namun  aku  tetap  tertanya-tanya  apa  maksudnya  "emas"  untuk  dirinya  itu.
lalu  aku  terfikir,  apakah  maksudnya  dadah?   Aku  yakin,  memang  itu  bendanya.    
Khamis, 18 Julai 2013
Isnin, 8 Julai 2013
ooh...Ada kehidupan Di sini ....
   .........sedang  aku  lepak  membaca  surat  khabar  di taman  Dr. Seeni,   seorang
India [60 an] , berbalut sokong pada bahunya, menghampiriku. Lalu kami pun
berbuallah, antaranya tentang pengalaman-pengalaman yg pernah kami lalui.
Ia tinggal berseorangan. Yang menarik perhatianku, kediamannya di bawah
papan licin gelongsor mainan tu. Luasnya kira-kira 1.5 m X 2.5 m. Tanpa air
dan letrik. Dia pun tak keberatan untuk diphoto. Dia sudah tak bekerja. makanan
diperolehi dari restoran mamak yang berdekatan. Katanya, dia sudah tinggal
kira- kira 10 tahun di situ..mmm...

Langgan:
Ulasan (Atom)