Assala Muaalaikum

Assala Muaalaikum.. .And Peace Be Upon U, Thank For Visiting This Site


Assalamu Alaikum Dan Salam Sejahtera......SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU......Jangan Lupa SOP KeNDIRI ...



Terima Kasih, sudi mengunjungi site ini..

Khamis, 18 Julai 2013

Suatu pagi di waktu sahur ....

    Suatu  pagi, waktu  aku  sedang  bermotosikal  hendak  menuju  ke sebuah  restoran 
untuk  bersahur,  di pertengahan  jalan,  sayup-sayup  kelihatan  kelibat  seseorang
sedang  berjalan  kaki.  Jam  kira-kira  4.15  pagi.  Keadaannya  agak  menyedihkan,
tidak  terurus.  merayu-rayu  minta  tolong.  Keadaannya  tidak  terurus.  Aku  antara 
berani  dengan  tidak  untuk  menghentikan  motosikal  utk  membantunya.  Lalu  aku  berhenti,  memberanikan  motosikal,  cuba  membantu  mana-mana yang  boleh.
       Aku  bertanya,  "Apa  hal?"
  Dia  menjawab,  dan  meminta  tolong," Tolong  pakcik,  ini  perjuangan  antara  hidup  dan
 mati."  Dalam  loghat  Indon.
       Aku  lebih  kehairanan.   Dia  lalu  menjelaskan, " Saya  sedang  berjalan  untuk
ke Medan  Gopeng  untuk  mengambil  emas,  untuk  mengubat  diriku."  Dia  teruskan
perbualan," Diriku  amat  lemah  tanpa  emas  itu.  Pakcik  faham  tak  maksud  saya ?"
      Aku  kaget  , cemas dan  ragu-ragu.   Medan  Gopeng  pulak  terletak  kira-kira
10  km  dari  situ.  Dia  sebenarnya  ingin  menyuruku  bawanya  ke sana.  Tapi
sebenarnya  aku  tak  boleh  bawanya  sejauh  itu.
      Dia  terus  merayu-rayu,  bersungguh-sungguh.   Aku  terus  pergi,  tanpa  dapat
membantunya.  Maklumlah,  tak  tau  latar  belakangnya  dan  apa-apa  boleh  terjadi
di tengah  jalan. 
     Dia  terus  menjerit,"Tolong  aku  pakcikkkkk!!"  Berulang-ulang  kali.
     Namun  aku  tetap  tertanya-tanya  apa  maksudnya  "emas"  untuk  dirinya  itu.
lalu  aku  terfikir,  apakah  maksudnya  dadah?   Aku  yakin,  memang  itu  bendanya.   


Isnin, 8 Julai 2013

ooh...Ada kehidupan Di sini ....

   .........sedang  aku  lepak  membaca  surat  khabar  di taman  Dr. Seeni,   seorang
 India [60 an] ,  berbalut  sokong  pada  bahunya,  menghampiriku.  Lalu  kami  pun
 berbuallah,  antaranya  tentang  pengalaman-pengalaman  yg  pernah  kami  lalui.

Ia  tinggal berseorangan.  Yang  menarik  perhatianku,  kediamannya  di bawah
papan  licin  gelongsor  mainan tu.  Luasnya  kira-kira  1.5 m X 2.5 m.  Tanpa air
dan  letrik. Dia  pun  tak  keberatan  untuk diphoto.  Dia  sudah  tak  bekerja.  makanan
 diperolehi  dari  restoran  mamak yang  berdekatan.  Katanya,  dia  sudah  tinggal
kira- kira  10  tahun  di situ..mmm...





Ahad, 16 Jun 2013

Suatu tenungan .....

 
                            

            Hati-hati  dengan tenungan...

            Di kampungku  suatu  ketika  dahulu,  ketika  di dalam  kebun,  seorang  remaja
telah  ditenung  tajam  oleh  seekor  sesumpah.  Beliau  tergamam  dan  mengakibatkannya
demam.  Beliau  selepas  itu  tidak  berani  lagi  ke kebun.


            Daku  sendiri  suatu  masa  dulu  pernah  mengejar  seekor  tikus  di sebuah  rumah
sewa.   Tikus  itu  terkepung  di dalam  almari  kosong.  Daku  cuba  hendak  memukulnya
dengan  objek  keras.   Jam  kira-kira  pukul  2  malam.  Dalam  keadaan  terdesak  itu,
tikus  besar  tersebut  merenungku  dgn  tajam.  Entah  kenapa,  aku  jadi  kaku,
dan  melepaskannya  pergi,

Guru Muzik nangis dengar lagu ini..

klik

Published on Jun 7, 2013
This is my American high school Chorus group from Chariho Regional High School, Rhode Island! My Chorus teacher, Ms. Dowding asked me if I have any song from Malaysia that I can teach to Chorus. The easiest and meaningful song that I can find is Sahabat by Najwa Latif. So, I decided to teach them this song! It was hard for them to learn this song, but then they get used to the language and everything gets easier. We didn't sing some part of the song because it's hard without music and I can't find any piano chord for this song.
I know they really sounds Americanized which is I like it to be that way. What do you expect for? They're Americans. I mean, awesome group of Americans!
And btw, they know the meaning of this song because I translated it for them. My teacher cried while reading the meaning of this song for the class. That shows how much passion Ms. Dowding has for this :)
This is a fun class where I get to know a group of nice and talented people with a super nice teacher. I love them so much. Thank you so much for letting me teach you guys a song and thank you so much for the awesome experience in a lifetime!

Sabtu, 15 Jun 2013

Kita Memang Tidak Dapat Menjangka 2

                                


......ia  merenungi ku,  sekira-kira  7 meter  dari  bilik  tempatnya  terbaring.   Renungan  seperti
mengharapkan  sesuatu.  Niatnya  mungkin  mahu  daku  mendekatinya  apakandaya  beliau  tidak  mampu.....  Namun  org  ramai  mengelilinginya,  buatkan  ku segan. 

   Aku  kemudian  mahu  berehat  pulang,  utk  datang  lagi  ke rumah  embah [nenek] ku  itu.
Dalam  perjalanan  dari  rumah  utk  melawatnya  kembali,  berselisih  dengan  bapa  saudara,
beliau  menyatakan,  embah  sudah  'tiada'.

   Kira-kira  34  tahun,  aku  berasa  begitu  ralat,  kenapa  aku  tidak  menghampirinya   di saat
saat  akhir  hayatnya?

                                    

Jumaat, 14 Jun 2013

Kita Memang Tidak Dapat Menjangka

..........ketika  aku  melihatnya  terlantar  di hospital,  keadannya  memang  agak  lemah.
Sempat  juga  kami  berbual  banyak  perkara.  Lalu,  ketika  nurse  hendak  merawatnya,
aku  memberi  ruang.  Lalu  ku tinggalkan  bapa  saudaraku  itu.  Padaku,  utk  mem-
berinya  istirehat. 
          Bapa  saudara tu  terlibat  kemalangan  sebenarnya.
Aku  yakin,  beliau  boleh  sembuh  sepenuhnya.  Tiba-tiba  seminggu  kemudian,  aku
terima  sms  dari  adikku,  beliau [bapa saudara ku]  telah  meninggal dunia. [9 Jan. 013]
Memang  tidak  ku jangka.

                                                                 Gambar hiasan

Jumaat, 7 Jun 2013

Ceriakan Pagi Anda .....

Salah  seorang  pensyarah  kaunseling memberi petua,  "Keseronokan dan semangat  seharian  anda
bermula waktu  pagi.  Oleh  itu,  sekiranya  di pagi  hari  itu  anda  berfikiran  negatif  atau  bemuka
masam,  ini  akan  mempengaruhi  seharian anda  itu.  Namun katanya, perkara  itu  boleh  di atasi.
Otak  boleh ditipu.  Cubalah  anda  tersenyum,  utk  mengaburi  otak  anda.  Atau  paling  kurang,
gigitlah  sebatang  pen,  kerana  kedudukan  bibir  bagaikan  tersenyum,  dan  ini  akan mempengaruhi   kepositifan  pemikiran  anda.